Kerajaan Pulau Pinang Diingatkan Lagi Serah Dokumen Jambatan Ketiga

Saya merujuk kepada surat daripada YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang kepada YAB Perdana Menteri bertarikh 26 Mei 2016 dan kenyataan medianya pada 16 Jun 2016 untuk mendapatkan kelulusan jambatan ketiga menghubung Pulau Pinang ke tanah besar, sebagai lanjutan kepada pelbagai persoalan terhadap projek terowong bawah laut negeri itu.

Bagi menjawab soalan beberapa organisasi media kepada kementerian saya, saya ingin mengesahkan Kerajaan Pulau Pinang masih lagi tidak mengemukakan sebarang dokumen atau menetapkan satu tarikh untuk bertemu dengan kami.

Kementerian Kerja Raya ingin mengulangi, kami komited untuk memberikan penilaian seimbang kepada jambatan ketiga itu dan kami ingin mengingatkan Kerajaan Pulau Pinang untuk berkongsi dengan kami segala dokumentasi berkaitan, agar kami dapat membuat keputusan demi kepentingan rakyat.

Satu dokumen penting ialah kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk terperinci RM305 juta yang hampir siap dan sudah dibayar Kerajaan Pulau Pinang bagi projek terowong bawah laut dan jalan penghubungnya.

Dua bulan lalu, Kerajaan Pulau Pinang telah mengesahkan kajian bagi kebolehlaksanaan dan rekebantuk terperinci untuk tiga jalan penghubung sudah siap 100 peratus manakala kajian kebolehlaksanaan bagi terowong bawah laut sudah siap 83 peratus.

Sebagai dinyatakan sebelum ini, mewujudkan laluan ketiga akan mengubah secara ketara sistem aliran trafik bagi jalan persekutuan dan negeri.

Sehubungan itu, aliran penyuraian trafik perlu dikaji secara terperinci dan dikemukakan sebagai sebahagian daripada proses ini. Kami tidak mahu membebankan lagi keadaan trafik yang sudah sesak di pulau itu.

Selain itu, kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti impak jambatan ketiga kepada laluan perkapalan dan penerbangan berdasarkan jajaran cadangan jambatan itu.

Untuk itu, kami mengingatkan Kerajaan Pulau Pinang untuk mengemukakan dokumen berkenaan kepada kementerian secepat mungkin.

Ia akan dapat membantu kami membuat satu keputusan dan selanjutnya memberi peluang untuk perbincangan secara produktif, jika kedua pihak bertemu.

Kementerian Kerja Raya sentiasa mengalukan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pulau Pinang dalam memastikan kebolehlaksanaan dan penetapan masa bagi jambatan ketiga yang dicadangkan ke tanah besar ini, dapat dilakukan secara profesional.

DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri Kerja Raya
13 Julai 2016

kertas

Menteri Kerja Raya Tuntut Dokumen Rasmi Projek Jambatan Ketiga Pulau Pinang

Menteri Kerja Raya Nafi Kenyataan Lim Guan Eng

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s