Putus Hubungan Dengan PKR Tindakan Wajar – Dr Zuhdi

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyokong jika PAS mengambil langkah memutuskan hubungan dengan PKR, ia mengambil kira beberapa tindakan parti tersebut yang melanggar perjanjian kerjasama yang dipersetujui sebelum ini.

Namun, katanya beliau tidak berhak membuat keputusan tersebut kerana kuasa berada di bawah Majlis Syura Ulama PAS dan hanya boleh memberi sokongan terhadap cadangan tersebut.

“Perkara ini telah dicadangkan oleh Muslimat sewaktu Muktamar hari itu, dan segala cadangan itu akan dirumuskan oleh sekteriat Muktamar, baru lah akan dihantar kepada Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan.

“Kebiasaannya ia akan diberitahu dengan awal dan tidak mengambil masa yang lama untuk diserahkan kepada Majlis Syura Ulama, sekarang pun dah sebulan setengah daripada tarikh Muktamar, mereka masih sedang meneliti akan perkara itu,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my portal.

Terdahulu, Dewan Muslimat PAS pada Muktamar parti yang Ke-56 baru-baru ini menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada pilihan raya umum akan datang.

Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.

Mengulas lanjut, Zuhdi berkata beliau tidak mahu mempengaruhi keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama, namun sokongannya itu adalah berdasarkan beberapa bukti jelas yang menunjukkan PKR cuba meletakkan ‘benteng’ dengan parti Islam itu.

“Contoh dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar memang satu pengkhianatan yang jelas yang dibuat oleh PKR.

“Di mana PKR secara jelas menyeru pengundi jangan undi PAS sedangkan kita ada pakatan politik.

“Ini bukti-bukti pengkhianatan yang memang sudah berlaku,” tambahnya – bnbbc.my

One thought on “Putus Hubungan Dengan PKR Tindakan Wajar – Dr Zuhdi

  1. DAP akan sentiasa berdendam dgn PAS. Mereka tidak dapat terima hakikat pengaruh PAS jauh lebih kuat. DAP sentiasa mahu jadi abang besar yg menentukan halatuju pembangkang.

    PKR pula masih keliru. Baik presiden mahupun timbalan tidak tahu kemanakah halatuju sebenar parti. Akhirnya mereka bergantung pd LKS atas sebab perjuangan mereka. Kekuatan PKR bnyk bergantung pd NGO pro liberal yg tidak senang dgn dasar PAS.

    PAN macai abadi DAP. Lantak merekalah nak melingkup macam mana.

    Jika PRU 13 adalah IBU segala pilihanraya. PRU14 adalah bapa segala pilihanraya. Ini zaman kebangkitan puak liberal utk menghapuskan pengaruh Islam. Ini semua berpunca dari hasutan orang luar, org kafir.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s