Nga Kor Ming Tak Serik… Terus Hina Melayu, Islam – Kata NKB 1Malaysia

AIDCNews – 14/7/16 – Bukan kali pertama Nga Kor Ming melakukan provokasi untuk menghina Melayu dan Islam, dan tindakan mempersendakan amalan pemberian duit raya sama seperti memberi dedak adalah episod terbaharu kesinambungan provokasi yang pernah dilakukan Nga sebelum ini, kata Pengerusi Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian (NKB) 1Malaysia, Datuk Muhammad Anuar Yunus.

“Dalam konteks masyarakat Melayu-Islam di Malaysia pemberian duit raya adalah kelangsungan daripada amalan sedekah jariah yang amat digalakkan di bulan Ramadhan.

“Perbuatan melampau dan dangkal Nga Kor Ming yang menyamakan duit raya sebagai dedak membawa sangkaan negatif dalam dua aspek iaitu menyifatkan duit raya sebagai rasuah dan kedua menyamakan penerimaan duit raya sebagai haiwan ternakan.

“Mesej kami amat jelas kepada Nga Kor Ming, ‘tiada maaf bagimu’ katanya dalam sidang media semalam.

Justeru itu, kata Muhammad Anuar, NKB 1Malaysia menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat secara terperinci provokasi Nga itu.

“Kita desak polis (percepatkan siasatan) laporan yang dibuat (sebelum ini).

“Sebab ini bukan pertama kali, saya ingat dah banyak kali dah beliau (Nga) melukakan hati orang Melayu-Islam di Malaysia ini,”katanya.

One thought on “Nga Kor Ming Tak Serik… Terus Hina Melayu, Islam – Kata NKB 1Malaysia

  1. Manusia / pemimpin gila-gila seperti itu sewajarnya dihumbankan saja ke dalam zoo Negara kerana di sana adalah tempat yang paling layak untuk seEkor manusia seperti dia yang tidak mempunyai perasaan kemanusiaan malah tidak sedar dirinya sebagai seOrang manusia. Hanya manusia bodoh dan bahlul lagi tolol saja yang mahu memilih orang seperti itu untuk menjadi pemimpin… Bagaimanakah jika perkara sama berlaku terhadap dirinya ? Sepatutnya pihak berkuasa lebih tegas dan bersegera untuk bertindak terhadap pihak yang bodoh melampau seperti itu dengan mengharamkan pertubuhan atau parti politik yang diwakilinya lebih awal dulu kerana kesan dan bencana daripada tindakan pemimpin2nya cukup menyakitkan hati dan perasaan dan lebih parah merosakkan minda rakyat khususnya bumiputera Islam ! Sebenarnya manusia seperti itu tidak lagi sedar yang dirinya telah bertukar menjadi seEKOR manusia !!!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s