Superman DAP Keluar Parti

supermanAIDCNews – 14/7/16 –Hew Kuan Yau yang sering digelar sebagai ‘Superman’ hari ini mengumumkan keluar daripada partinya, DAP.

Dia membuat keputusan drastik itu susulan kenyataannya menyokong Beijing menuntut Laut China Selatan telah dikecam pelbagai pihak.

“Untuk ‘gambaran besar’ DAP, saya umumkan keluar parti,”katanya dalam Facebook hari ini.

Katanya, musuh politik DAP telah menjadikannya sebagai alasan untuk menyerang parti itu, sambil menambah bahawa kenyataannya telah diputarbelitkan.

Hew yang juga Pengerusi DAP Teluk Intan berkata, dia tidak mempunyai kepentingan dalam politik malah enggan menjadi calon dalam pilihan raya umum (PRU) lepas dan pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan.

Tambah Hew, keputusan untuk keluar daripada DAP adakah pilihannya sendiri.

Pada PRK Teluk Intan tahun lalu, nama Hew disebut-sebut sebagai salah seorang calon yang sepatutnya bertanding di Parlimen itu.

Dilaporkan semasa DAP mahu menentukan siapakah calon PRK Teluk Intan sekurang-kurangnya terdapat dua calon yang mewakili puak berbeza iaitu Hew dan Chong Zhe Min.

Hew dikatakan tidak pro-Nga Kor Ming, Pengerusi DAP Perak, sebab itu dia disisihkan dari arena politik DAP di negeri itu.

Manakala Chong pula pro-Nga kerana itu dia dilantik Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP Perak.

Sebagai jalan tengah untuk mengatasi perbalahan puak itu, DAP memilih Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofea Mohd Daud sebagai calon DAP PRK Teluk Intan

Akibatnya, Dyana Sofea tewas kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong pada PRK itu.

Hew juga pernah mengkritik Kit Siang dalam satu buku yang dilancarkan pada tahun 2007 dedah Xu Guo Wei, dari Nanyang Siang Pau.

“Lim Kit Siang adalah DAP dan DAP adalah Lim Kit Siang”, kata Hew dalam bukunya itu dengan menggambarkan kekuasaan Kit Siang yang terlalu dominan dalam parti itu.

Hew juga turut membandingkan dua jawatan yang pernah dipegang Kit Siang iaitu Setiausaha Agung DAP yang dipegang selama 30 tahun (1969-1969) dengan Pengerusi DAP selama 5 tahun (1999-2004)

“Seseorang telah bertanya berkenaan DAP, yang mana lebih berkuasa, Pengerusi DAP atau Setiausaha Agung DAP ? Jawapannya tidak pada kedua-dua jawatan itu. Ia bergantung kepada di mana kedudukan jawatan Lim Kit Siang, maka jawatan itu yang akan menjadi paling berkuasa,” kata Hew secara berjenaka.

Rahsia Kit Siang kekal berkuasa dalam DAP turut didedahkan iaitu dengan mempraktikkan polisi pecah dan perintah dalam parti itu.

“Kit Siang tidak akan membenarkan sebarang langkah yang mahu mencabarnya. Dia memilih antara ‘mempertahankan’ dan ‘penghapusan’ .. dalam menangani persaingan puak -puak dan mengamalkan budaya berpihak kepada satu puak .. sebagai cara untuk mengawal puak yang lain.

“Ini akan mengakibatkan layanan dibuat secara tidak adil berkaitan dengan ganjaran dan hukuman.

“(Sebab itu), sesiapa yang komited dengan pembaharuan demokrasi, kebiasaannya akan memilih jalan untuk meninggalkan parti, jika mereka tidak boleh akur dengan sikap keras kepala Kit Siang dan amalan berpuak-puak dalam parti,” ulas wartawan Nanyang Siang Pau yang berdasarkan kenyataan Hew daripada bukunya itu.

Menurut rekod, Hew merupakan Setiausaha DAPSY Kebangsaan, ketika pemuda sosialis DAP itu diketuai Teng Chang Khim.

Ketika itu, Nga juga merupakan salah seorang anggota DAPSY, tetapi tidak sealiran dengan Chang Khim.

Nga dilaporkan sealiran dengan Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng (bekas Pengerusi DAPSY Kebangsaan), justeru, apabila Chang Khim dikeluarkan daripada DAPSY, maka Nga telah dilantik sebagai ketua baharu pemuda sosialis DAP itu.

Chang Khim yang merupakan ADUN DAP Sungai Pinang merupakan pengkritik paling lantang terhadap kepimpinan Kit Siang sejak dari tahun 2001.

Pada Julai 2001, Chang Khim yang ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua DAPSY Kebangsaan telah menasihatkan Kit Siang mengundurkan diri daripada barisan kepimpinan DAP menjelang pemilihan pusat parti itu pada 18 Ogos tahun itu.

Chang Khim berkata, Kit Siang perlu berbuat demikian bagi memberi peluang kepada DAP diterajui oleh generasi pemimpin baharu.

Menurutnya, Kit Siang sepatutnya berundur kerana sudah memegang jawatan tertinggi parti itu sejak 32 tahun lalu termasuk memegang jawatan setiausaha agung dan pengerusi sejak 1969.

Kit Siang sebelum ini pernah menyatakan hasrat melepaskan jawatan setiausaha agung sebanyak enam kali sejak 1980 iaitu selepas kekalahan DAP dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kota, Pulau Pinang.

Dua tahun kemudian, beliau sekali lagi berbuat demikian apabila beberapa pemimpin parti itu mengambil keputusan keluar parti.

Kit Siang juga menyatakan hasrat yang sama pada tahun 1986, 1990 dan 1995 setelah gagal menawan Pulau Pinang yang digerakkan melalui tiga siri projek `Tanjung.’

One thought on “Superman DAP Keluar Parti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s