Tiada Pembubaran DUN – Pengerusi DAP Pulau Pinang

AIDCNews – 14/7/16 – Tiada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, tegas pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Chow yang juga exco Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri berkata demikian ketika mengulas desas desus DUN Pulau Pinang akan dibubarkan selepas Ketua Menterinya, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

“Saya tidak bercadang menambah apa-apa perkara yang baharu sebab tidak ada perkara yang baharu berlaku.

“Tidak ada apa-apa keputusan untuk membawa isu ini (pembubaran DUN) untuk perbincangan di peringkat yang lain sama ada peringkat parti (DAP) di pusat, mahupun di peringkat Pakatan Harapan” katanya.

Walau bagaimanapun Chow turut mengaku usul pembubaran DUN itu pernah dibincangkan selepas Guan Eng didakwa di mahkamah.

Namun, katanya tiada sebarang keputusan yang diambil.

“(Kita) Bincang selepas pendakwaan (Guan Eng) itu, bukan tiba-tiba, (tetapi) tiba-tiba dilaporkan setelah beberapa hari perbincangan..”katanya sambil tersenyum.

Laporan media sebelum ini memetik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang difailkan terhadap Ketua Menteri Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.

Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur respons rakyat negeri ini terhadap tuduhan yang dikenakan terhadap Guan Eng dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan tidak lewat daripada Ogos 2018.

Bagaimanapun, Ramasamy dilapor berkata tiada keputusan dibuat tentang perkara itu dan ia hanya dibincangkan pada mesyuarat DAP di Pulau Pinang baru-baru ini.

chow

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s