Mahfuz Nasihat PAN Supaya Bersangka Baik Dengan Saranan Tuan Ibrahim

AIDCNews – 15/7/16 –Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menasihati Parti Amanah Negara (PAN) supaya bersangka baik dengan saranan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan agar semua parti pembangkang berhenti bercakaran sesama sendiri dan menentang UMNO BN bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14).

“Kenyataan Tuan Ibrahim itu satu kenyataan yang harus dilihat pada masa depan parti itu sendiri. Saya lihat kenyataan itu menarik, perubahan pendirian PAS daripada menganggap Amanah, DAP itu musuh dan (PAS) macam bersedia untuk memaafkan PKR yang turun berkempen untuk Amanah pada PRK yang lalu yang mengajak pengundi menolak calon PAS.

“Ini bermakna sesuatu yang menunjukkan kesediaan untuk gencatan senjata dan juga berkompromi menunjukkan PAS bersedia melupakan segala lontaran kata-kata dan tuduhan yang berbagai kepada parti (pembangkang) yang lain,” ujarnya ketika dihubungi Antarapos.

Ketika ditanya respon segera Pengarah Strategik PAN, Khalid Abdul Samad yang sinikal dengan tawaran genjatan senjata Timbalan Presiden PAS itu, Mahfuz berkata aktivis PAN itu harus bersangka baik dan tidak mudah melatah.

Menurut Mahfuz, PAN harus melihat gambaran yang lebih besar di sebalik tawaran Timbalan Presiden PAS itu.

“Saya harap Khalid Samad harus bersangka baik tidak menimbulkan perkara yang mengeruhkan keadaan. Bagi saya Khalid Samad harus menerima kenyataan Tuan Ibrahim itu menunjukkan bagaimana pendirian PAS menerima dan memperakui kehadiran Parti Amanah, sebab itu mereka minta lakukan gencatan senjata termasuk parti Amanah.

“Maknanya dia (Tuan Ibrahim) setuju dan memperakui kewujudan Amanah dan minta agar semua kompromi, ini menunjukkan kesediaan PAS untuk berbincang termasuk dengan Amanah walaupun sebelum ini tidak. Perlu bersangka baik,” katanya lagi.

hani

One thought on “Mahfuz Nasihat PAN Supaya Bersangka Baik Dengan Saranan Tuan Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s