Parti Baharu Tun Mahathir Adalah Kerangka Besar PH – Saifuddin Abdullah

tun m-partiAIDCNews – 15/7/16 – Parti baharu yang bakal diwujudkan Tun Dr Mahathir adalah sebahagian daripada gerak kerja Pakatan Harapan untuk mewujudkan platform pembangkang yang lebih besar, kata setiausaha sekretariatnya Datuk Saifuddin Abdullah.

“Apa yang perlu diutamakan ialah wujudnya satu blok pembangkang yang besar, bersatu dan kuat supaya berlaku apa yang diingini rakyat, iaitu perlawanan ‘satu-lawan-satu’ antara pembangkang melawan BN (diperoleh), ”katanya.

Saifuddin berkata, perbincangan bersama Mahathir telah dilakukan dan apabila parti baharu itu ditubuhkan ia menjadi kompenan ke-4 PH, selain DAP, PKR dan PAN.

Berkaitan dengan bentuk gabungan itu, Saifuddun berkata ia boleh berlaku dalam pelbagai cara seperti “PH Plus” atau “PH & Co”.

Semalam, Mahathir mengesahkan bahawa terdapat perbincangan bagi membentuk sebuah parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada pergerakan ‘Selamatkan Malaysia’.

Mahathir membuat pengesahan itu selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Antara yang hadir adalah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menghadiri mesyurat yang bermula pada jam 4 petang itu.

Mengulas isu itu, panel pemikir Penang Institute, Wong Chin Huat berkata parti baharu Mahathir sewajarnya lebih luas skopnya daripada menjadi parti anti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Parti baru itu mestilah lebih daripada sekadar sebuah parti anti-Najib, ia tidak boleh hanya menjadi PAN-Parti Anti-Najib sahaja kerana ramai pengundi tidak pakai (isu) itu, mereka (pengundi) tidak akan terima naratif yang begitu mudah,”katanya.

Wong berkata isu utama yang perlu diketengahkan Mahathir bukan isu individu tetapi isu polisi.

Misalnya, kata Wong, dahulu semasa menjadi Perdana Menteri, Mahathir menyokong Dasar Ekonomi Baharu (DEB), sekarang melalui parti baharu apakah mekanisme polisi baharu yang bakal diketengahkan bagi memperbaiki kelemahan DEB itu.

“Dalam masa sama parti baharu itu tidak boleh mengelakkan diri dari (membincangkan) isu reformasi (pembaharuan) institusi.”

Tambahnya lagi, kekuatan Najib bukan kerana individu, tetapi kerana sistem parti, iaitu UMNO.

“Najib dinobatkan dalam satu sistem yang memihak kepada sesiapa yang memerintah. Mahathir tidak dapat menyalahkan kesemua masalah itu kepada Najib seorang sahaja.

“Saya rasa rakyat Malaysia sudah sangat bijak (berfikir). Mereka (pengundi) sanggup menerima Mahathir untuk membetulkan apa yang salah, tetapi kalau Mahathir berkempen seperti Deklarasi Rakyatnya yang (hanya) sentiasa fokus tentang Najib dan tidak sentuh sebarang bentuk pembaharuan institusi..

“Kalau dia (Mahathir) masih tidak mengubah dan berpegang kepada strategi itu, saya rasa ia tidak menghasilkan sokongan yang meluas.

“Itu tidak cukup untuk menyemarakkan pengundi untuk menjatuhkan UMNO,”katanya lagi

Advertisements

One thought on “Parti Baharu Tun Mahathir Adalah Kerangka Besar PH – Saifuddin Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s