Syarat Berunding Semula : Adakah DAP Sedia Terima Syarat PAS, Soal Nik Abduh

AIDCNews – 15/7/16 –Jika Pakatan Harapan berhasrat mahu memulakan rundingan semula dengan PAS, adakah DAP telah bersedia menerima kembali prinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ sepertimana konsep yang dipersetujui dalam Pakatan Rakyat (PR) dahulu, soal Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Menurut Nik Abduh, prinsip ini sangat penting kerana ia merupakan titik perbalahan antara PAS dan DAP semasa PR dahulu.

“Kalau betul untuk kembali (semula) kepada syarat asal Pakatan Rakyat (iaitu) ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’, maka itu boleh jalan (memulakan perundingan),”katanya.

Tambahnya lagi, banyak lagi halangan lain untuk memulakan semula rundingan itu khusus selepas kewujudan parti baharu,PAN.

“Isu sekarang, benda itu sudah jauh berlaku. DAP masih keras. DAP melahirkan PAN.

“Kita tunggu jawapan sebelah sana (Pakatan Harapan), adakah boleh kembali kepada asal, kalau tidak (rundingan) itu tidak akan berlaku,”katanya.

Maka Nik Abduh merumuskan bahawa rundingan semula Pakatan Harapan dengan PAS tidak akan berlaku.

“Pakatan Harapan dengan PAS ? Tidak akan berlaku,” tegas Nik Abduh.

nik abduh1

nik abduh

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Musfafa Ali berkata PAS tidak mungkin akan duduk semeja semula dengan DAP, namun rundingan masih lagi boleh dilakukan melalui perantaraan PKR.

“PAS tidak akan masuk Pakatan Harapan tetapi dalam waktu yang sama PAS menjalinkan kerjasama dengan PKR iaitu salah satu anggota Pakatan Harapan.

“Tetapi dalam kepala orang di luar sana kerjasama ini bererti masuk Pakatan Harapan. Ini tidak betul,” katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, pembangkang boleh melaksanakan kerjasama politik seperti tahun 2008 di mana PAS tidak bekerjasama dengan DAP tetapi bersama dengan PKR setelah DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada tahun 2001.

“Waktu itu PAS tidak duduk semeja dengan DAP tetapi boleh berlaku satu lawan satu dengan BN, yang mana ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perantara.

“Begitu juga pada tahun 1990 dan 1995, PAS menjalin kerjasama dengan Semangat 46 dan tidak juga duduk semeja tetapi boleh lawan BN satu lawan satu. Tidak berlaku tiga penjuru. Tengku Razaliegh Hamzah sebagai perantara,” jelas beliau.

Kerjasama ini, katanya tidak akan mengorbankan prinsip PAS iaitu perjuangan Islam yang menjadi prinsip PAS sepanjang masa.

Justeru katanya, di dalam suasana PAS masih menjalinkan kerjasama dengan PKR eloklah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memainkan peranan ini bagi menghadapi PRU14 nanti.

One thought on “Syarat Berunding Semula : Adakah DAP Sedia Terima Syarat PAS, Soal Nik Abduh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s