Tak Mungkin PAS Akan Bersama Pakatan Harapan -Dewan Ulama

Khairuddin_Aman_Razali_PASAIDCNews – 15/7/16 – Tawaran gencatan senjata sesama pembangkang oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh ditafsirkan sebagai percubaan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) dan perkara itu tidak mungkin akan berlaku, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.

“Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam) Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman Pakatan Rakyat (PR), sistem dwi-parti yang kini sedang diusahakan semula PH banyak keburukan, sebab itu PAS cuba membina satu sistem politik baharu.

“Sistem dwi-parti ternyata merosakkan kerana setiap parti akan memejam mata (atas) kesilapan parti mereka, akan mempertahankan kerosakan dan kebatilan.

“Itu berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Lihat banyak onar dalam DAP tapi kita pejam mata kerana menjaga Pakatan Rakyat, itu bahaya bagi negara,” katanya.

Tambahnya, kenyataan Tuan Ibrahim adalah semata-mata satu nasihat kepada parti-parti Pakatan Harapan supaya memperbetulkan hala tuju serangan mereka.

“Kenyataan Tuan Ibrahim menyeru supaya Pakatan Harapn tak perlu menyerang PAS dalam menentang UMNO, jadikan UMNO sebagai musuh politik, itu sahaja,”katanya.

Berhubung gesaan Tuan Ibrahim supaya parti-parti pembangkang berkompromi, Khairuddin berkata ia hanya dalam konteks berhadapan dengan UMNO.

“(Kita) tak pernah terkhilaf dalam isu itu.

“Tapi Pakatan Harapan secara jahat cuba menggambarkan PAS telah mula bersama UMNO. Itu adalah satu tohmahan yang sangat jahat, satu usaha untuk merosakkan reputasi PAS.

“Semua orang tahu PAS antara parti awal berjuang menentang UMNO, PAS konsisten menentang UMNO,” katanya lagi.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan turut menegaskan bahawa cadangan gencatan senjata itu adalah idea peribadi Tuan Ibrahim dan bukannya keputusan rasmi PAS.

Katanya, PAS tidak pernah membincangkan perkara itu dan sesuatu keputusan parti perlu diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau wakil yang diamanahkannya.

“Bagaimanapun, lontaran idea daripada timbalan presiden itu akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, Ahad ini.

“Kita akan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara berkenaan selepas mesyuarat tersebut,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s