Bendung Segera Ideologi Ekstremis DAISH

AIDCNews – 16/7/16 – Kerajaan perlu mengambil tindakan pro-aktif untuk membendung ideologi ekstremis DAISH daripada menular di negara ini, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor

Beliau berkata hasil pemantauan pihaknya mendapati sasaran DAISH adalah golongan yang tidak mempunyai pendidikan agama yang kukuh dan masalah mempunyai masalah keluarga.

“Ini menunjukkan bahawa mereka yang tidak memahami Islam secara tepat, mudah terdedah dengan perkara ini.

“Mereka mungkin terperangkap (dengan ideologi ekstremis DAISH) yang menggunakan siaran-siaran berbahasa Melayu..dirancang oleh mereka yang mahu menghilangkan kestabilan (politik) di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak Cawangan Khas Bukit Aman sedang memantau rapi akhbar berbahasa Melayu, Al Fatihin terbitan militan Daesh yang dipercayai dikendalikan oleh sekumpulan petugas rakyat Malaysia dan Indonesia.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pihaknya percaya akhbar berkenaan cuba disebarkan di seluruh Asia Tenggara dengan tujuan untuk mempengaruhi orang ramai terutama yang memahami bahasa Melayu.

“Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri akan terus memantau mana-mana pihak yang memuat turun atau mencetak akhbar berkenaan.

“Saya menyeru orang ramai supaya tidak melayari dan melakukan pencetakan kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Ahmad Zahid menyatakan demikian ketika diminta mengulas penerbitan akhbar Al Fatihin versi bahasa Melayu termasuk dalam format e-book atau digital terbitan Daesh Asia Tenggara yang berjaya dikesan baru-baru ini.

Akhbar Al Fatihin keluaran pertama kumpulan pengganas Daesh yang setebal 20 muka surat itu dilancarkan di selatan Filipina pada 20 Jun lepas sebelum kandungannya disebarkan secara dalam talian dan media sosial.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s