JAIS, Lima NGO Buat Laporan Polis Terhadap Naib Presiden PKR

AIDCNews – 16/7/16 –Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama lima NGO lain membuat laporan polis terhadap naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking di Balai Polis Seksyen 6, semalam, lapor Harian Metro.

Ia mengenai status yang dimuat naik Darell seolah-olah mendakwa kumpulan ekstremis kini mentadbir Selangor berikutan kandungan khutbah Aidilfitri yang menyentuh mengenai Rang Undang Undang Syariah.

darrel

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, sehingga hari ini tiada penafian daripada Darell yang juga Naib Presiden PKR selepas memuat naik status dalam Facebooknya pada 7 Julai lalu jam 7.24 petang.

“Laporan polis ini dbuat kerana kenyataan Darell yang dipetik daripada portal Malaysiakini merujuk kepada khutbah Hari Raya yang dibacakan di masjid di seluruh negeri pada 6 Julai lalu.

“Status dalam Facebooknya pada pandangan JAIS, dengan sengaja menghina Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam, pihak berkuasa agama Islam serta pemimpin kerajaan di negeri ini.

“Kenyataan Darell juga boleh menghasut dan menimbulkan kemarahan umat Islam khususnya di negeri ini serta ketegangan di kalangan masyarakat dengan menganggap institusi agama Islam di Selangor cenderung ke arah fahaman ‘ekstrimism’,” katanya ditemui selepas membuat laporan itu.

Darrel dalam Facebooknya menuduh Selangor diperintah kumpulan ekstremis berikutan kandungan khutbah Aidilfitri yang menyentuh mengenai Rang Undang Undang Syariah.

“Ia kelihatan seperti ekstremis sedang mentadbir Selangor,” kata Darrel dalam Facebooknya.

Haris berkata, teks khutbah itu hanya sekadar menyokong Rang Undang Undang yang dibentangkan di parlimen untuk memartabatkan serta memperkasakan Undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah di negara ini.

Selain itu katanya, ia juga dapat menggalakkan perpaduan dan kerjasama antara umat Islam di Selangor.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya, dalam kenyataannya turut mengecam kenyataan Darell yang disifatkannya secara tidak langsung menuduh Sultan Selangor sebagai ekstremis.

“Adakah Sultan Selangor seorang ekstremis? Tahukah beliau bahawa hal Ketua Ehwal Agama Islam Negeri adalah di bawah Sultan?,” soal Aminuddin dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.

Aminuddin berkata, kenyataan Darell terhadap khutbah JAIS sangat biadab yang boleh mengundang prasangka buruk terhadap semua kakitangan JAIS.

“Ia juga secara tidak langsung mengatakan bahawa semua pentadbir JAIS termasuk Sultan Selangor juga adalah seolah-olah ekstremis.

“Ketika negara dilanda ancaman IS sudah tentu kenyataan ini boleh membawa konotasi yang negatif terhadap agama Islam dan kebencian rakyat terhadap institusi Islam.

“Justeru, ISMA mendesak supaya pihak polis segera menyiasat setelah beberapa laporan polis dibuat terhadap Darell ini,” katanya.

Sementara itu, Darrel dalam kenyataan kenyataannya hari ini mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mempertikaikan khutbah Aidilfitri JAIS minggu lalu.

Darell berkata kenyataannya itu adalah untuk mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 dan mempertikaikan sokongan JAIS terhadap rang undang undang (RUU) persendirian yang diusulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya berpegang kepada prinsip bahawa Persekutuan Malaysia ini ditubuhkan di atas prinsip Sekular / Secular state dan Agama Islam adalah Agama Rasmi sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tetapi dengan syarat Perjanjian Malaysia 1963 juga mesti dihormati dan dilaksanakan.

“Apabila Usul undang-undang seperti yang dibaca oleh Ahli Parlimen Marang Ustaz Hadi Awang dan disokong oleh 2 Ahli Parlimen BN pada sidang dewan parlimen lepas yang telah diberi ruangan, saya percaya itu adalah permulaan kepada satu ‘floodgate’ kepada Undang-undang yang akan menukar prinsip Perjanjian Malaysia 1963.

“Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya mesti mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 dan tentu akan menyoal dan menyuarakan pendapat saya apabila RUU yang diusul oleh Ustaz Hadi Awang itu disokong biarpun oleh JAIS.

“Saya juga memberi pendapat saya bahawa seolah ‘Extremism’ mentadbir Selangor kerana sekiranya Persekutuan Malaysia ini ditubuhkan atas prinsip dan terma Perjanjian Malaysia 1963, kita tidak boleh menukar apa yang dipersetujui oleh Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Malaya pada 1963.

“Dengan itu saya telah meminta pandangan daripada Menteri Besar Selangor Azmin Ali apakah pendapat beliau di atas kenyataan JAIS,” katanya di laman Facebook miliknya hari ini.

Khutbah Aidilfitri Puji RUU Syariah : Naib Presiden PKR Tuduh Sultan Selangor Ekstremis ?

Advertisements

One thought on “JAIS, Lima NGO Buat Laporan Polis Terhadap Naib Presiden PKR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s