Jauh Beza Erdogan & Anwar

hnaiAIDCNews – 16/7/16 –Jauh beza sokongan terhadap Presiden Recep Tayyip Erdogan di Turki dengan Anwar Ibrahim di Malaysia, kata Hanisya Abdul Hamid.

Facebooker yang juga ahli PKR itu membuat perbandingan sokongan rakyat terhadap Erdogan ketika menghadapi cubaan merampas kuasa oleh pihak tentera di Turki dengan sokongan Anwar selepas berstatus banduan di Penjara Sungai Buloh.

“Pernah ada percubaan ingin menyamakan AKP Turki pimpinan Erdogan disamakan dengan PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bila ada percubaan segelintir pegawai tentera mau merampas kuasa di Turki ratusan ribu penyokong AKP turun ke jalan raya tunjukkan sokongan dan solidariti kepada Presiden Erdogan, sedangkan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di Mahkamah Tinggi semalam tidak sampai sepuluh orang yang muncul memberikan sokongan moral.

“Antara semangat juang dengan sembang kencang,”katanya dalam Facebook hari ini.

haniHanisya bertanya adakah kemerosotan sokongan terhadap Anwar yang semakin merudum itu disebabkan kemunculan Tun Mahathir Mohamed bersama blok pembangkang yang telah mengambil alih tempatnya.

“Apakah ini kesan dan impak apabila Tun Mahathir sudah bersama-sama dengan Pakatan Harapan????

“Otai-otai Reformasi Tulen ’98 yang masih bersama-sama dengan DSAI tidak sampai sepuluh orang????

“Rakaman gambar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam walaupun sudah diwar-warkan bahawa kes Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar semalam.

“Tiada nampak kelibat dan bayang AMK maupun pemimpin-pemimpin PKR dan PH.

“Apakah ini suatu mesej dan isyarat bahawa sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pemimpin-pemimpin PH terutamanya PKR sudah pudar???

“Sudah dapat gading bertuah (Mahathir) tanduk (DSAI) sudah tidak berguna lagi?????, “soalnya.

hazwan

ir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s