Lim & Nga Perlu Belajar Sikap Bertanggungjawab Daripada ‘Superman DAP’

AIDCNews – 16/7/16 –Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming perlu belajar sikap bertanggungjawab daripada bekas ahli parti itu Hew Kuan Yau, kata Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

Tan Keng Liang berkata, Hew mengambil sikap bertanggungjawab dengan keluar DAP kerana dibimbangi kenyataannya bahawa Laut China Selatan adalah milik China akan merosakkan imej parti.

“Mereka berdua (Lim dan Nga) perlu belajar dari Hew yang mengambil tanggungjawab terhadap perkara itu.

“Kami (Gerakan) tidak bersetuju dengan Hew tapi kami rasa DAP perlu belajar perkara itu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Gerakan hari ini.

Hew yang digelar sebagai ‘Superman DAP’ sebelum ini membuat pengumuman keluar parti selepas dibidas teruk ekoran kenyataan kontroversinya itu.

Berbeza dengan Hew, Lim yang berdepan dua tuduhan rasuah masih kekal sebagai ketua menteri Pulau Pinang selepas Exco kerajaan negeri memutuskan beliau tidak perlu meletakkan jawatan.

DAP juga tidak mengambil tindakan terhadap Nga yang didakwa menghina sambutan Aidilfitri baru-baru ini selepas menerima penjelasannya.

Mengulas lanjut, Tan juga menegaskan bahawa dalam DAP, “pemimpin berjawatan kecil” terpaksa meletakkan jawatan manakala “pemimpin besar” dilindungi oleh parti.

“Hanya kes-kes yang melibatkan pemimpin kecil, mereka (DAP) mendesak beliau (pemimpin kecil) meletakkan jawatan, tetapi pemimpin-pemimpin berjawatan besar dalam DAP semua dilindungi.

“Saya rasa ini adalah sesuatu perkara yang kita kena tengok dalam DAP,” tegasnya.

Sementara itu Tan turut mengingatkan bahawa mereka menghormati kebebasan bersuara, DAP perlu lebih sensitif dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Mereka adalah pemimpin sebuah parti politik. Mereka tidak boleh membuat kenyataan sensitif yang menyinggung perasaan rakyat Malaysia,” katanya.

superman

Superman DAP Keluar Parti

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s