Bulan Purnama Kucar-kacirkan Pulau Pinang

AIDCNews – 18/7/16 – Hujan yang turun lebat selama tiga jam melumpuhkan lalulintas di selatan Pulau Pinang, menyebabkan ratusan kereta terkandas dan menyebabkan ramai di Bayan Lepas terlepas penerbangan mereka, lapor FMT.

Keadaan lalulintas di selatan laluan Jalan Sultan Azlan Shah belum reda sepenuhnya sejak hujan turun mencurah-curah sekitar jam 3 petang dan menyebabkan parit monsun melimpah keluar dan menyempitkan laluan pengguna jalanraya.

Laluan itu satu-satunya laluan untuk pengguna yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Bayan Lepas raya.

Pegawai kerajaan negeri sudah meramal dan menjangka fenomena bulan purnama akan membawa hujan yang lebih lebat daripada kebiasaan.

Fenomena bulan itu dikatakan penyebab air pasang tinggi dan takwim qamari menunjukkan bulan akan bertukar penuh esok dan hari seterusnya. Saintis bagaimanapun belum temui asas kepada dakwaan itu.

Exco yang bertanggungjawab keatas bencana alam Phee Boon Poh berkata fenomena itu juga penyebab air pasang tinggi yang menyukarkan air untuk surut.

Beliau berkata tumpuan kerajaan ketika ini adalah membantu mereka yang berpindah dari Teluk Bahang, selepas dilanda banjir yang mencapai setinggi 0.6m. Purata hujan sebanyak 70mm dicatatkan antara 3 petang dan 5 petang.

“Kebimbangan utama kami adalah nasib orang yang berpindah. Mereka sudah dipindahkan ke dewan-dewan masyarakat.

“Buat masa ini saya tidak boleh beritahu jumlah mereka yang dipindahkan, tetapi kebanyakannya daripada Teluk Bahang.

“Semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di tanah besar (Seberang Prai) telah dipanggil untuk membantu,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, FMT turut melaporkan angkara hujan lebat, penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga turut tertunda.

Pengurus Besar Kanan Lapangan Terbang Arif Jaafar berkata 10 pendaratan dan empat keberangkatan terpaksa ditunda angkara hujan lebat dan angin kuat.

Arif berkata aras ketibaan, laluan mengambil penumpang dan aras turboprop ditenggelami air.
“Penerbangan ditunda kerana hujan lebat.

“Terdapat juga laporan lalulintas sejak kerana air melimpah di bulatan menuju terminal lapangan terbang,” katanya ketika dihubungi.

Arif berkata air surut sekitar jam 6 petang dan kakitangan lapangan terbang sedang giat mengeluarkan air banjir daripada terminal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s