Karikatur Hina Aidilfitri : Nga Kor Ming Dipanggil Polis

nga2AIDCNews – 18/7/16 –Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming hari ini tampil membuat kenyataan media berkaitan isu penyiaran karikatur menghina Aidilfitri yang didakwa disiarkan dalam Facebooknya.

Nga mengulangi jawapannya bahawa dia tidak melukis atau memuat naik karikatur itu yang didakwa sebagai akaun Facebook miliknya itu.

Sebelum itu, Nga telah dipanggil polis untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman minggu lalu.

Soal siasat polis terhadapnya selama dua jam.

Nga disiasat di bawah Akta Hasutan dan juga Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang menyatakan ‘mengeluarkan kata-kata… dengan sengaja berniat untuk mengguris perasaan dalam hal keagamaan seseorang’.

Dia tiba di Bukit Aman pada jam 2.15 petang dengan beberapa penyokong termasuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan bekas exco Selangor, Ronnie Liu.

Nga diiringi oleh Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang bertindak selaku peguamnya.

Selepas selesai sesi soal siasat itu, Nga berjalan keluar dari ibu pejabat polis berkenaan tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut selain mengatakan beliau bukan pemilik akaun Facebook berkenaan.

“Mereka bertanya apa yang berkaitan dan saya telah menjawab apa yang berkaitan. Oleh kerana siasatan masih berjalan, saya tidak akan mengulas lanjut.

“Saya tidak tahu (pemilik akaun Facebook itu), biarlah polis siasat. Tetapi yang pasti, ia bukan milik saya,” ujarnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s