Kenapa Guan Eng Tidak Mahu Serahkan Laporan Terowong Dasar Laut ?

lge2My Nation News – Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah rasuah, Lim Guan Eng digesa tidak cuba mengeliru dan mengelak daripada mengemukakan laporan kajian kebolehlaksanaan serta rekabentuk terowong dan tiga jalan penghubungnya yang sudah dibayar.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata pihaknya telah meminta sebanyak tiga kali untuk Kerajaan Pulau Pinang mengemukakan laporan kajian bernilai RM305 juta berkenaan kepada Kementerian Kerja Raya.

Berikutan itu, Guan Eng turut diberikan tempoh tujuh hari untuk mengemukakan kesemua laporan itu bagi mengelak sebarang kelewatan.

“Tiga kali, iaitu pada 22 Mei, 11 Jun dan 13 Julai saya telah meminta Kerajaan Pulau Pinang mengemukakan laporan kajian sedia ada kebolehlaksanaan dan rekabentuk terperinci bagi Terowong Pulau Pinang dan tiga jalan penghubung.

“Tetapi permintaan itu tidak dipedulikan malah memberi alasan kononnya laporan kajian kebolehlaksanaan baharu bagi jambatan ketiga itu adalah mahal dan mahukan kelulusan secara prinsipal terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Fadhillah berkata tidak pernah timbul permintaan untuk satu laporan kajian baharu kerana apa yang diminta adalah laporan kajian kebolehlaksanaan dengan kos RM305 juta yang sudah dibayar sebahagiannya oleh Kerajaan Pulau Pinang.

“Saya tidak faham apa masalah yang dihadapi Kerajaan Pulau Pinang yang sudah mengesahkan tiga bulan lalu, bayaran sebanyak RM135 juta sudah dibayar bagi laporan kajian itu, untuk mengemukakannya sebagai sokongan kepada permohonan mereka.

“Tiada kerajaan di dunia ini akan meluluskan mana-mana projek infrastruktur besar melibatkan kos berbilion Ringgit akan meluluskannya secara prinsipal hanya bersandarkan kepada dua helai surat permohonan.

“Saya tidak pasti sama ia adalah amalan biasa bagi Kerajaan Pulau Pinang tetapi sudah pasti ia bukan amalan kementerian,” katanya.

Lanjutan itu, Fadhillah sekali lagi meminta Kerajaan Pulau Pinang mengemukakan laporan kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk terperinci terhadap tiga jalan penghubung yang difahamkan sudah siap sepenuhnya.

Manakala kemukakan juga laporan kajian kebolehlaksanaan terhadap projek terowong Pulau Pinang yang difahamkan sudah 83 peratus siap.

“Kementerian akan mengkaji laporan itu sebelum mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Jika keputusan daripada penelitian kajian dan perbincangan antara kedua-dua pihak itu memihak kepada keperluan untuk membina laluan ketiga, satu kelulusan secara prinsipal akan diberikan.

“Apabila ia diberikan, Kerajaan Pulau Pinang boleh meneruskan kajian kebolehlaksanaan baharu bagi jambatan ketiga,” katanya.

Advertisements

One thought on “Kenapa Guan Eng Tidak Mahu Serahkan Laporan Terowong Dasar Laut ?

  1. Bodoh bengaplah kerajaan DAP ni. Memang betul, apa2 permohonan sama ada diperingkat PBT mahupun peringkat yg lebih tinggi memerlukan dokumen-dokumen sokongan sebelum sebarang kelulusan diberikan. Adakah si celaka LGE ini bengap atau terlalu bodoh utk memahami prosedur ini? Sudahlah bahalol, makan rasuah pulak tu.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s