Pakatan Pembangkang Baharu : Tun Mahathir Bakal Singkirkan Anwar Kali Ke-2

AIDCNews – 18/7/16 – Peranan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de facto blok pembangkang bakal tersingkir dengan pembentukan pakatan pembangkang yang bahar, kata Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang.
Anwar merupakan pemimpin de facto blok pembangkang semasa penubuhan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, namun apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai blok pembangkang itu dengan cadangan parti baharu, nama Pakatan Harapan dijangka bakal diganti dengan nama baharu.

Tan berkata bekas perdana menteri itu berjaya menggulingkan Anwar buat kali kedua selepas bertindak sama ke atas pemimpin nombor dua negara itu pada tahun 1998, sebelum memecat Anwar daripada BN.

“Selepas 18 tahun, nampaknya pembentukan pakatan pembangkang baru oleh Mahathir sekali lagi membawa penyingkiran Anwar, tetapi kali ini sebagai de facto pemimpin pembangkang,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

“Pemuda Gerakan mengalu-alukan pembentukan pakatan pembangkang baru oleh Mahathir dan tindakannya bakal menggantikan Anwar sebagai pemimpin de facto pembangkang.”

Katanya, gabungan Mahathir, dan juga baru-baru ini pembentukan Gabungan Rakyat Saksama adalah tanda-tanda jelas bahawa rakyat telah hilang kepercayaan terhadap pakatan pembangkang Pakatan Harapan.

Mahathir mengumumkan pembentukan sebuah parti baru dan gabungan besar pembangkang selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil di Putrajaya Khamis lalu.

Memang DAP Mahu Anwar Dipenjarakan – Yuktes Vijay

Semakin Terserlah, DAP Memang Suka Anwar Kekal Dipenjara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s