Isu Konsert Selena Gomez : Azmin Ali Tegur Pemuda PAS

AIDCNews – 19/7/16 –Konsert bintang pop antarabangsa, Selena Gomez yang bakal diadakan di Stadium Melawati, di Shah Alam pada 25 Julai ini akan diteruskan, walaupun mendapat bantahan Dewan Pemuda PAS.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tiada sebab untuk kerajaan negeri menghalang penganjuran konsert itu, jika pihak penganjur menepati semua syarat yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Sebenarnya, tiada isu bahawa konsert bakal berlangsung ini boleh mencemarkan kemuliaan Syawal yang sedang diraikan umat Islam seperti dikatakan pihak tertentu. Ini kerana, semua bulan perlu dihormati.

“Namun, setakat ini MBSA masih belum menerima sebarang permohonan untuk mendapatkan permit bagi penganjuran konsert ini, tetapi MBSA akan teliti permohonan (jika ada) dan jika semua syarat dipenuhi, kita tiada masalah untuk meluluskannya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka MBSA di perkarangan Stadium Shah Alam, hari ini.

Beliau mengulas mengenai bantahan Dewan Pemuda PAS terhadap penganjuran konsert Selena Gomez ‘The Revival Tour’, dengan menyifatkan kehadiran artis kelahiran Amerika Syarikat yang sinonim dengan penampilan seksi itu akan mencemarkan kemuliaan Syawal yang sedang diraikan umat Islam.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, penampilan seksi artis itu bukan perkara penting dan tidak sepatutnya dijadikan isu.

“Seksi itu ciptaan tuhan dan subjektif, jangan terlalu teruja mengenainya, kebanyakan peminat lebih tertarik dengan lirik lagu yang disampaikan oleh penyanyi berkenaan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri menggesa pihak berkuasa menyekat persembahan konsert Selena Gomez kerana mendakwa ia merosakkan akidah umat Islam.

“Kemunculan artis kelahiran Amerika yang sinonim dengan penampilan seksi ini adalah mencemarkan kemuliaan bulan Syawal yang sedang diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan oleh umat Islam dan menghidupkan lagi budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di negara ini,” kata Hafez dalam kenyataannya itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s