Mahfuz Pertikai Dewan Ulamak, Pemuda & Muslimat Selangor Tidak Berani Pertahankan Timbalan Presiden PAS

1. Tahniah saya ucapkan kepada Ahli Parlimen (AP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor atas keberanian mengambil ketetapan mengeluar kenyataan menyokong saranan gencatan senjata dan kompromi antara parti pembangkang* yang dicadangkan oleh Datuk Ust Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS.

2. Langkah berani MP dan ADUN PAS Selangor mengambil ketetapan tersebut menunjukkan pandangan jauh mereka betapa pentingnya Pas kembali bersama pakatan parti parti pembangkang.

Gencatan senjata yang disarankan Tuan Ibrahim adalah sangat penting bagi mengelak pesepsi negatif rakyat terhadap PAS dan parti parti pembangkang.

PANDANG KEHADAPAN

3. Kenyataan berani MP dan ADUN Pas Selangor kerana menyedari bukan sahaja parti pembangkang menyerang PAS tetapi PAS juga menyerang rakan parti pembangkang yang lain sebelum ini dengan mengistihar parti pembangkang musuh PAS. Sokongan mereka untuk gencatan senjata dan kompromi di kalangan parti pembangkang adalah satu perakuan dan penerimaan yang baik terhadap keujudan parti parti pembangkang yang ada walaupun sebelum ini parti parti ini dianggap oleh PAS sebagai mengkianati PAS.

4. Amanah, Dap dan Pkr bergabung menentang PAS dalam dua PRK baru baru ini tetapi semua menyedari tidak berkesudahan berantakan sesama pembangkang sedangkan Najib dan Umno Bn senyum sampai ke telinga. Semua pihak di kalangan parti parti pembangkang perlu berjiwa besar mengakui kelemahan dan kesilapan dalam tidakkan dan perkataan.Demi Malaysia dan rakyat yang mengharapkan perubahan pada masa depan negara gencatan senjata dan kompromi dikalangan parti pembangkang dan kembali kepada meja perundingan dan bukannya terus kekal dengan perbalahan adalah satu keperluan.

5. Persoalannya, kenapa tidak diambil ketetapan itu atas nama Badan Perhubungan Pas Selangor.Dimana suara keberanian Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat negeri Selangor. Sokongan terhadap cadangan Tuan Ibarahim bukan untuk kepentingan mereka yang bergelar wakil rakyat tetapi untuk survival masa depan PAS di persada politik negara.

Kepimpinan PAS pusat juga tidak seharusnya melihat cadangan Tuan Ibrahim sebagai pandangan peribadi beliau kerana pandangan tersebut tidak mendatangkan mudharat kepada PAS sebaliknya untuk membawa kembali PAS ke arus perdana politik negara bersama rakan rakan pembangkang yang lain.

JANGANG PUTUS ASA JADILAH PENYELAMAT

6. Kepada Wakil rakyat PAS Selangor teruskan usaha untuk merealisasikan pendirian dan ketetapan gencatan senjata dan kompromi yang saudara telah buat. Walaupun ada yang menganggap anda lebih sayangkan jawatan dari sayangkan Islam dan takut kalah dalam pru14 dari takutkan akhirat. Hulurkan tali penyelamat untuk keluarkan mereka yang berada dalam perigi buta kealam nyata seperti yang diungkap oleh YB Datuk Iskandar Naib Presiden dan Pesurujaya PAS Selangor di Facebooknya.

7. Saya menyeru PAS dan parti parti pembangkang mengubah pesepsi rakyat yang melihat parti pembangkang dengan imej perbalahan sesama sendiri kepada pembangkang adalah parti perubahan masa depan. Ubahlah pesepsi rakyat dari pembangkang sebagai parti yang suka bergaduh kepada parti yang bersangka baik dan melaksanakan seruan penyatuan,kebaikkan dan keadilan sebagai tunggak perubahan.

Berubah lah dari dilihat sebagai parti yang mementing parti sendiri kepada parti yang mementing dan mengutamakan rakyat dan Malaysia tercinta.

Jangan kita kekal dalam kebebalan.Jangan simpan kesilapan dan kebodohan tetapi belajarlah dari kesilapan dan kebodohan untuk melangkah gagah dengan kebijaksanaan untuk menempah kejayaan dengan izin Tuhan.

DATO’HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
10.30 pagi 19 July 2016/14 Syawal 1437
Taman Alwalid Alor Setar Kedah.

Advertisements

One thought on “Mahfuz Pertikai Dewan Ulamak, Pemuda & Muslimat Selangor Tidak Berani Pertahankan Timbalan Presiden PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s