PAS Perlu Dominan Jika Ingin Kembali Bergabung Semula Dengan DAP – ISMA

AIDCNews – 19/7/16 – PAS perlu memastikan parti itu dominan dalam pakatan pembangkang jika bercadang untuk bergabung semula dalam pakatan pembangkang dan bukannya mengamalkan konsep sama rata sepertimana yang dipraktikkan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, kata imbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya.

Ujarnya, jika PAS sekadar berpuas hati ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan komponen pembangkang yang lain, parti itu akan sekali lagi diperkotakkatikkan, sama seperti apa yang dilaluinya sebelum ini.

“PAS boleh kembali pada Pakatan Harapan tetapi kali ini PAS kena pastikan dia dominan. Islam sendiri tak benarkan tahaluf siyasi. Di mana berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Itu tidak mungkin.

“PAS harus letakkan posisi dia lebih daripada orang (parti) lain supaya dia boleh jalankan dasar yang perlu demi Islam, demi rakyat keseluruhannya. Kalau duduk sama rendah berdiri sama tinggi nanti, jadi masalah. Terutama berdepan dengan DAP.

“Akhirnya PAS hanya akan dimain-mainkan seperti yang berlaku dan (PAS) tidak akan ke mana pun. Mungkin (PAS) akan menang undi banyak tapi dari segi moral, prinsip…PAS akan gadaikan prinsipnya,” kata Aminuddin.

Bagaimanapun penganalisis politik, Edwin Micheal melihat syarat oleh ISMA itu agak mustahil untuk direalisasikan.

“Politik pembangkang ini dikawal oleh DAP, bukannya oleh PAS. Sekalipun mereka bergabung tidak mungkin PAS boleh jadi suara dominan kerana lambat laun PAS harus pergi kepada DAP, ini cara DAP yang tak akan tunduk kepada parti lain.

“Kita perlu lihat dalam banyak isu DAP lebih dominan, bukannya PAS. Ini dapat dilihat sewaktu PR (PAS) menang Perak, ketika itu DAP meletak Nizar sebagai MB dan dia digelar MB boneka dan arahan datang daripada DAP.

“Itu menunjukkan DAP lebih dominan, perkara yang sama berlaku di Selangor ketika krisis MB, keputusan nak meletakkan siapa sebagai MB pun suara dominan itu dipegang DAP,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s