PKR Selangor Akan Usahakan Penyatuan Semula PAS-DAP

AIDCNews – 19/7/16 –Setiausaha PKR Selangor Amiruddin Shaari akan berusaha untuk menjayakan penyatuan semula PAS dan DAP kembali menjalinkan kerjasama politik sebagaimana yang pernah berlaku pada 2008 dan 2013 lalu.

Amiruddin berkata perkara itu tidak mustahil dapat dilakukan di atas dasar musuh sebenar PAS dan DAP adalah UMNO dan BN.

“Kalau dulu agak mustahil untuk DAP bekerjasama langsung dengan PAS, dan ia terbukti mampu dilaksanakan pada 2008 dan 2013.

“Di Selangor masih lagi berjalan (kerjasama Pakatan Rakyat), jadi dalam politik saya tiada yang mustahil untuk berlaku,” jelas Amiruddin kepada Antarapos.

“Jadi saya anggap ini satu perkara yang positif dan masing-masing ada muhasabah setelah melalui beberapa proses pilihanraya contohnya Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak, dan Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya lagi.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham berharap cadangan yang ditimbulkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini bukannya sekadar bersifat peribadi tetapi merupakan suara rasmi PAS.

“Itu hanya syor Timbalan Presiden sahaja. Saya berharap syor ini dapat disokong dan dipersetujui kesemua pimpinan PAS.

“Selama ini kita nyatakan jika pembangkang boleh bersatu ia satu kebaikan kepada semua pihak. Jika berpecah maka ia akan memudaratkan semua pihak dalam pembangkang,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman mengesahkan PAS negeri telah dipanggil PAS pusat berhubung dengan isu sokongan ‘gencatan senjata’ yang dicadangkan oleh Tuan Ibrahim.

“Kita akan bertemu dengan PAS Pusat dalam masa terdekat ini, mereka memanggil kita (PAS Selangor),” katanya.

Mohd Khairuddin berkata, PAS Selangor juga meminta PAS Pusat supaya memberikan pendirian yang jelas mengenai perkara tersebut.

“Kita telah hantar surat kepada Presiden (PAS) mengenai pandangan (Tuan Ibrahim) tersebut jadi kami harap PAS Pusat akan memberikan pendirian mereka selepas ini,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Khiruddin berkata sokongan tersebuat adalah sokongan ADUN dan ahli Parlimen Selangor terhadap pandangan Tuan Ibrahim bagi memastikan hanya berlaku pertandingan satu penjuru pada pilihan raya umum yang akan datang.

“Itu adalah sokongan ADUN-ADUN terhadap pandangan Timbalan Presiden PAS. Jadi apabila beliau (Tuan Ibrahim) mengemukakan itu adalah pandangan peribadi dia, kitapun menyokongnya.

“Sokongan itu adalah supaya kita sama-sama berhadapan dengan BN dan tidak akan berlaku banyak penjuru di pilihan raya. Jadi kita harapkan sebagaimana Timbalan Presiden sebutkan supaya kita semua dapat duduk dan berbincang semula itu sebabnya kami menyokong,” ujarnya.

Terdahulu, 13 ADUN dan ahli Parlimen PAS Selangor menyatakan sokongan secara terbuka terhadap cadangan ‘gencatan senjata’ di kalangan parti pembangkang itu.

Satu kenyataan bertarikh 15 Julai yang dimuat naik semalam, menyatakan setelah meneliti dan membincangkan dengan mendalam, kesemua ADUN dan Ahli Parlimen PAS di Selangor dengan ini menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pandangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, YB Datuk Iskandar Abd Samad.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s