Selepas 3 Tahun, Baharu Khalid Saman Hassan Isu Jualan Arak Di Selangor

AIDCNews – 19/7/16 –Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad memfailkan saman terhadap bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Mohamed Ali atas dakwaan memfitnahnya berhubung isu jualan arak, kewujudan pusat judi dan rumah urut di Selangor, tiga tahun lepas.

Khalid yang kini Pengarah Komunikasi PAN memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 29 April lepas melalui firma guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co dan menamakan Hassan sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid selaku plaintif mendakwa Hassan, yang ketika itu bekas exco Selangor, mengucapkan kata-kata berunsur fitnah secara lisan dalam ceramahnya di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 Shah Alam, pada 2013.

Hassan sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Kerajaan Negeri Selangor telah dipecat keahlian PAS pada Januari 2012 kerana tindakan sering mengkritik DAP dan Anwar Ibrahim berkaitan dengan penularan kegiatan maksiat di Selangor.

Khalid mendakwa ucapan Hassan disunting dan dimuat naik ke laman media sosial YouTube yang boleh diakses orang ramai secara terbuka berkaitan aktiviti maksiat di Selangor itu telah mencemar imejnya.

Beliau mendakwa pernyataan fitnah itu bermaksud beliau seorang pemimpin anti Islam dan mengkhianati Islam dengan mempertahankan penjualan arak, kewujudan pusat judi dan rumah urut yang bertentangan dengan hukum Islam.

Sehubungan itu, Khalid menuntut ganti rugi am dan teruk, perintah injunksi bagi menghalang defendan atau wakilnya daripada mengulangi kata-kata itu, kos, faedah serta relif lain yang sesuai oleh mahkamah.

Hassan dalam pernyataan pembelaan, yang difailkan pada 27 Jun lepas, mendakwa perkataan diucapkan itu adalah satu fenomena umum dalam senario politik di Malaysia iaitu pihak mengkritik antara satu sama lain demi kepentingan politik masing-masing.

Menurutnya perkataan yang digunakan dengan merujuk Khalid sebagai ahli Parlimen Shah Alam merupakan satu komen berpatutan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menetapkan 24 Ogos depan bagi pengurusan kes itu selepas ia disebut di hadapannya hari ini, dengan dihadiri peguam Muhammad Faiz Fadzil mewakili Khalid dan peguam Elina Abdul Rashid bertindak bagi pihak Hassan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s