Tuan Ibrahim Minta Khalid Samad Tutup Mulut

AIDCNews – 19/7/16 –Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad tutup mulut daripada terus melakukan politik adu domba.

Tuan Ibrahim berkata PAN sewajarnya dibubarkan kerana kewujudan parti itu menyebabkan politik pembangkang sentiasa berada dalam keadaan tidak tenang.

“Blok pembangkang akan tenang kalau Khalid (Samad) boleh ‘tutup mulut’ atau Parti Amanah Negara (PAN) dibubarkan. Saya sebagaimana orang ramai melihat PAN akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihanraya umum akan datang.

“Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihanraya kecil yang lalu. Kecuali DAP atau PKR sedia menyerahkan beberapa kerusi mereka kepada rakan dalam Pakatan Harapan (PH) tersebut.

“Sebab itu elok serap sahaja dalam parti yang sedia ada. Negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti dalam blok pembangkang semata-mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tuan Ibrahim berkata begitu ketika mengulas kenyataan Khalid yang meminta beliau dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad meninggalkan PAS kerana mendakwa usaha mereka untuk menghentikan ‘genjatan senjata’ dengan pembangkang lain tidak akan akan berjaya.

Khalid juga turut mendakwa terdapat dua aliran pemikiran dalam PAS masa kini iaitu kumpulan pro Presiden PAS dan kumpulan pro-Timbalan Presiden PAS.

Menyifatkan kenyataan Khalid itu sebagai ‘individu yang tidak boleh bekerja di bawah orang lain’, Tuan Ibrahim menafikan beliau mempunyai masalah dengan Presiden PAS, Datuk seri Abdul Hadi Awang.

“Sikap ‘tidak boleh bekerja di bawah orang’ lah antara sebab muncul pelbagai parti politik.

“Saya tegaskan saya tiada masalah bekerja bersama Presiden dan saf kepimpinan PAS yang ada.

“Kami sangat bahagia, seronok dengan kemanisan ukuhwah sangat dirasai. Sikap hormat-menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pimpinan menjadi nadi kekuatan PAS kini,”katanya lagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s