Guan Eng Cuba Wujudkan Huru Hara Di Pulau Pinang -Bekas Naib Presiden DAP

AIDCNews – 20/7/16 – Bekas Naib Presiden DAP, Zulkifli Mohd Noor bertanya adakah Ketua Menteri Pulau Pinang bersedia bertanggungjawab jika keadaan huru-hara berlaku di negeri itu ekoran kedegilannya mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

“Sekiranya berlaku huru hara seperti pergaduhan dan darurat, adakah Guan Eng sendiri akan bertanggungjawab. Kalau beliau sanggup bertanggungjawab sekiranya berlaku apa yang tidak diingini beliau boleh teruskan.

“Ini adalah masalah peribadi sekiranya beliau mengheret rakyat untuk mengadakan satu pilihan raya negeri, ini adalah perkara yang akan memudaratkan Pulau Pinang kerana ada yang akan sokong beliau. Tetapi majoriti tidak akan sokong beliau maka akan berlaku huru hara,” katanya dalam satu temubual bersama Antarapos.

Zulkifli yang juga Presiden Parti Altenatif Rakyat (PAP) berkata Kerajaan Persekutuan tidak akan berdiam diri dengan provokasi yang cuba digerakkan Guan Eng dan ini akan membuka ruang pengisytiharan darurat dikuat kuasa di negeri itu.

“Saya percaya sekiranya ini berlaku kerajaan pusat tidak akan berdiam diri, mungkin akan gunakan kuasanya tindakan Majlis Keselamatan Negara di mana Pulau Pinang boleh diisytiharkan darurat.

“Mahukah Guan Eng lalui semua ini dan sanggup melihat Pulau Pinang melalui proses yang tidak sihat ini sampai menghuru-harakan negeri.

“Guan Eng tidak ada pilihan lain, dia kena letak jawatan sehingga kes ini tamat,” tegasnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s