PAS Selangor Kesal kerajaan Negeri Benarkan Konsert Selena Gomez

Ahli Dewan Ulamak Pas Selangor, Dewan Pemuda Pas Selangor dan Dewan Muslimat Pas Selangor hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung penganjuran konsert Selena Gomez pada 25 Julai ini.

AIDCNews – 20/7/16 –Pimpinan sayap kanan PAS Selangor kesal dengan tindakan kerajaan negeri Selangor yang meluluskan konsert ‘Selena Gomez – The Revival Tour’ yang akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai ini.

Kekesalan itu dizahirkan apabila Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Selangor Riduan Rahmat, Timbalan Ketua Pemudanya Hanafi Zulkapli dan Ketua Muslimatnya, Wan Hasrina Wan Hassan menghantar memorandum bantahan di pejabat kerajaan negeri Selangor di Shah Alam petang tadi, lapor Malaysiakini.

Ridzuan berkata, PAS tidak menolak hiburan tetapi konsert Selena ini dilihat boleh menjerumus kepada kehancuran dan mengundang masalah sosial di kalangan anak muda.

“PAS ini sebenarnya membenarkan hiburan tapi bila mana hiburan yang datang itu (tidak) membawa kepada kemungkaran dan kehancuran.

protes

“Isu konsert ini bukan masalah hiburan tapi gejala dan diri penyanyi itu yang dikenali seorang yang membawa simbol seksi yang merosakkan anak muda kita hari ini.” katanya kepada pemberita di Pejabat SUK.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata konsert itu akan diteruskan, walaupun mendapat bantahan kerana pihak penganjur menepati semua syarat yang ditetapkan.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata penampilan seksi artis itu bukan perkara penting dan tidak sepatutnya dijadikan isu.

Mengulas lanjut Riduan berkata pihaknya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Azmin kerana menganggap konsert itu sebagai isu remeh.

“Kita amat rasa sedih dan tidak puas hati seorang menteri besar yang beragama Islam anggap isu ini terlalu remeh,” kesalnya.

Hanafi pula berkata konsert ini wajar dihentikan kerana ia hanya akan memberi kesan buruk kepada generasi akan datang.

“Mewakili anak muda, kita tidak mahu anak muda terjebak dengan budaya hedonism yang melampau dan masalah sosial yang mereka ini akan memimpin negara kita di masa akan datang,” katanya.

pas1

Memorandum bantahan tersebut diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit Kepada Datuk Menteri Besar Selangor, Mohd Shahrizal Bin Mohd Salleh.

Sewaktu serahan dibuat, Shahrizal berjanji, akan menyampaikan suara tiga dewan PAS Selangor ini kepada Azmin.

Ketika memorandum itu diserahkan, kira-kira 100 penyokong PAS hadir bagi membantah keputusan kerajaan negeri Selangor.

Bantahan konsert itu dilakukan tanpa dihadiri ADUN PAS dan exco kerajaan negeri PAS yang lain.

Sementara itu, penganjur konsert Selena Gomez menafikan laporan bahawa pihaknya masih belum memohon permit untuk mengadakan acara itu di Stadium Melawati, 25 Julai ini.

Pengarah Urusan PR Worldwide R. Para berkata semua borang yang diperlukan telah diserahkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan kelulusan untuk menggunakan Stadium Melawati sebagai lokasi konsert itu telah diperolehi.

“Kami telah melakukan semua proses yang wajar dan telah mendapat permit daripada MBSA dan Puspal (Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara) untuk mengadakan konsert itu.

“Kita hanya mahu menjelaskan bahawa semua permit sudah diperolehi, supaya orang ramai boleh membuat perancangan perjalanan untuk konsert itu,” kata Para kepada The Star Online, Selasa.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali sebelum ini dilaporkan berkata bahawa penganjur konsert ‘Selena Gomez The Revival Tour’ masih belum mengemukakan permohonan mereka.

Para berkata ini adalah mengelirukan kerana penganjur mula mengemukakan semua dokumen yang diperlukan untuk kelulusan pihak berkuasa berkenaan hampir empat bulan lalu.

Permit MBSA untuk menggunakan stadium tertutup Melawati telah diberikan kepada pihak penganjur 10 hari yang lalu, katanya.

Advertisements

One thought on “PAS Selangor Kesal kerajaan Negeri Benarkan Konsert Selena Gomez

  1. Azmin kata sexy tu ciptaan tuhan? x betul tu. Sexy tu kan dari segi pakaian dan penampilannya. Jadi ia adalah kehendak sendiri. Sebaiknya Muslim boikot saja konsert ni buat perabiskan boreh je.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s