Pilihan Raya Kilat & Penjara : Perisai DAP Lindungi Salah Laku & Rasuah Guan Eng

AIDCNews – 20/7/16 – Pilihan Raya kilat dan penjara merupakan perisai DAP untuk melindungi perbuatan salah laku dan rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pada malam Isnin, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dilaporkan telah mengadakan mesyuarat dan telah bersetuju supaya pilihan raya kilat diadakan di Pulau Pinang sebagai mengukur tahap sokongan rakyat terhadap DAP di negeri itu.

Mesej tersirat di sebalik agenda itu, jika pada pilihan raya itu, DAP menang lebih besar atau hampir sama dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), DAP boleh mendabik dada dengan mendakwa rakyat Pulau Pinang menolak pendakwaan mahkamah terhadap ketua menteri mereka.

Kaedah CEC DAP memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kilat itu difahamkan meniru keputusan CEC PAP (Parti Tindakan Rakyat) Singapura pimpinan Lee Kuan Yew mengadakan pilihan raya Majlis Perundangan Singapura pada 21 September 1963, iaitu lima hari selepas penubuhan Malaysia.

Walaupun, Singapura merupakan sebahagian daripada negeri yang menyertai Malaysia yang dibentuk pada 16 September 1963, namun Kuan Yew selaku Setiausaha Agung PAP dan Perdana Menteri Singapura seakan-akan mahu mencabar Perdana Menteri Malaysia di peringkat Persekutuan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al Hajj dengan mengadakan pilihan raya kilat ketika rakyat di negeri-negeri lain sedang menyambut perayaan penubuhan Malaysia.

Strategi ini merupakan provokasi awal PAP Singapura supaya menimbulkan kemarahan pimpinan Persekutuan di Kuala Lumpur agar mengeluarkan Singapura dari Malaysia selepas cita-cita PAP mendapat kemerdekaan daripada British telah tercapai dengan menyertai Malaysia.

Kuan Yew bertindak mengadakan pilihan raya kilat di Singapura selepas parti mereka yakin boleh menang besar selepas PAP berjaya mengambil alih kerajaan negeri pada pilihan raya 1959.

Seperti yang dijangkakan PAP, pada pilihan raya 1963, parti itu kembali berkuasa memerintah Singapura dengan perolehi 37 kerusi (46.9% undi popular), Barisan Sosialis (parti serpihan PAP) perolehi 13 kerusi (33.2% undi popular) dan United People’s Party (UPP) hanya menang satu kerusi sahaja.

Perikatan Singapura, iaitu UMNO, MCA dan MIC kalah teruk, tidak memenangi sebarang kerusi dan hanya memungut 8.4% undi popular, dalam pilihan raya mengejut itu.

Mesej tersirat yang PAP war-warkan selepas pilihan raya itu adalah rakyat Singapura menolak pengaruh Kuala Lumpur terhadap negeri itu.

Selain kaedah pilihan raya kilat, DAP juga sengaja memperbesarkan isu Guan Eng bakal dipenjarakan.

Memperbesarkan isu Guan Eng bakal masuk penjara adalah satu kaedah ‘pre-empt’iaitu strategi mewar-warkan propaganda atau melakukan sesuatu sebelum orang lain mendapati ia tidak efektif atau menyerang sebelum diserang.

Guan Eng dan DAP akan memperbesar-besarkan isu bakal masuk penjara untuk menghidupkan teori konspirasi.

Ini dilakukan secara agresif dan meluas bertujuan untuk membina persepsi bahawa ‘pemenjaraan Guan Eng dirancang oleh pemerintah’ ketika kes mahkamah berkaitan salah guna kuasa dan rasuah belum lagi dibicarakan di mahkamah.

Jika persepsi itu gagal dibentuk sekarang, ia menjadi tidak efektif lagi apabila kes itu mula dibicarakan di mahakamah kerana fakta-fakta sebenar kes salah laku dan rasuah akan didedahkan kepada umum.

Pada 29 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 22 September depan sebagai pengurusan kes Guan Eng, iaitu proses awal mahkamah sebelum kes itu dibicarakan.

Tiada had bilangan penetapan bagi sesuatu kes. Namun begitu, Hakim hendaklah mengadakan pengurusan kes yang terakhir, dua minggu sebelum tarikh bicara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s