Pilihan Raya Mengejut Di Pulau Pinang?

PETALING JAYA: Pilihan raya mengejut mungkin akan diadakan di Pulau Pinang tidak lama lagi.

Keputusan untuk mengadakan pilihan raya di negeri itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada malam Isnin, demikian menurut sumber Pakatan Harapan dari Selangor.

Bagaimanapun butir-butir mesyuarat tidak tersedia, namun difahamkan bahawa enam pemimpin DAP pergi untuk membentangkan perkara berkenaan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur selepas mesyuarat itu.

Difahamkan bahawa Dr Wan Azizah tidak komited dengan keputusan radikal tersebut namun beliau telah memanggil mesyuarat Biro Politik PKR malam ini (Selasa).

Pemimpin PKR dari Pulau Pinang diminta hadir dan memberikan maklum balas mereka.

Pilihan raya mengejut dilihat sebagai langkah untuk mengesahkan kedudukan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang berhadapan tuduhan rasuah.

Pada 2013, gabungan terdahulu atas nama Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di Pulau Pinang pada dengan majoriti dua pertiga.

DAP memperoleh 19 kerusi, PKR, 10 dan PAS, satu. Pembangkang negeri iaitu Umno memenangi 10 kerusi.

Difahamkan bahawa pemimpin-pemimpin PKR bimbang mengenai pendapat umum jika pilihan raya mengejut diadakan di Pulau Pinang.

Jika diadakan, gabungan itu akan bertanding sebagai Pakatan Harapan tanpa PAS.

Bagaimanapun sumber berkata, DAP memberi jaminan kepada PAS bahawa Amanah tidak akan bertanding menentang PAS di kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang – Permatang Pasir.

Pilihan raya umum hanya akan diadakan selewat-lewatnya pada 2018 – Mstar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s