Kenapa Kerajaan AS Tidak Mendakwa Semua Individu Yang Dituduh

Tun Faisal Ismail Aziz – 1. Jika kerajaan AS yakin aset itu adalah dari hasil “money laundry” atau kegiatan haram, sudah tentu kerajaan AS akan terus merampas aset dan mendakwa setiap individu yang dinamakan. Persoalannya, kenapa AS tidak merampas dan mendakwa terus semua individu yang dinamakan? Malah ada pula pihak-pihak yang Jabatan Kehakiman AS tidak berani namakan. Jawapannya – kerana Jabatan Kehakiman AS tidak ada bukti atau tidak mempunyai cukup bukti bahawa semua aset ini adalah dari hasil “money laundry” atau kegiatan haram.

2. Kerajaan AS juga tidak boleh merampas aset ini sewenang-wenangnya. Untuk merampas aset ada 3 langkah yg perlu dibuat terlebih dahulu. Pertama, pastikan siapa pemilik sebenar aset-aset ini. Kedua, memastikan tiada pihak lain yang menuntut aset tersebut. Ketiga, menyiasat dan memastikan adakah aset itu hasil daripada kegiatan haram atau kegiatan perniagaan yang sah. Selepas 3 langkah ini dilaksanakan baharulah kerajaan AS boleh merampas aset-aset ini.

3. Dalam tindakan saman sivil ini, Jabatan Kehakiman AS tidak ada atau tidak mempunyai cukup bukti untuk mensabitkan setiap individu terbabit dengan kesalahan jenayah, sebaliknya, melalui saman sivil ini mereka mahu pihak yang kena tuduh mengesahkan bahawa aset mereka bukan dari sumber haram. Jika pihak yand dituduh memperolehi aset dari sumber haram yang lain selain dari 1MDB dan tidak mahu mengesahkan sumber wang dlm pembelian aset ini pun, kerajaan AS tetap akan merampas aset mereka. Tidak semestinya ia dikaitkan dgn 1MDB. Jika pemilik aset boleh mengesahkan bahawa ia adalah dari sumber pelaburan yang sah dan bukan dari kegiatan haram, maka aset-aset tidak boleh dirampas.

4. Memandangkan Jabatan Kehakiman AS tidak mempunyai bukti yang mencukupi dan jika betul pembelian semua aset ini menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB, maka ia bukan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh 1MDB. Sebaliknya dalam kes ini, 1MDB adalah mangsa kepada perbuatan jenayah. Berdasarkan fakta kes, sehingga kini pertikaian hanya timbul dalam transaksi yang melibatkan IPIC dan Aabar. Jika itu kesnya, maka baguslah jika wang dari hasil penjualan aset dan produksi filem blockbuster ini dikembalikan kepada Malaysia atau 1MDB yang menjadi mangsa ‘kecurian’ ini.

Jadi apa isunya?

dr wan

One thought on “Kenapa Kerajaan AS Tidak Mendakwa Semua Individu Yang Dituduh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s