PAS Mahu Tanding Lebih Banyak Kerusi Jika Pilihan Raya Mengejut Diadakan

Muhammad-Fauzi-YusofGEORGE TOWN: PAS bercadang untuk bertanding lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang jika pilihan raya negeri diadakan.

Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Fauzi Yusof berkata parti itu telah mendapat maklum balas daripada ahli-ahlinya berhubung kerusi baharu yang dilihat mempunyai peluang baik untuk menang.

“Kita telah bertanding enam kerusi negeri pada pilihan raya umum lepas termasuk satu di pulau.

“Kali ini, kami sasar lebih banyak kerusi. Kami sedang mengenal pasti kawasan pilihan raya. Terlalu awal untuk menamakan kerusi-kerusi itu sekarang,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, PAS hanya menang di Permatang Pasir di tanah besar, yang telah menjadi kubu kuat PAS sejak 1990-an.

Parti itu tewas di Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua dan Sungai Acheh di tanah besar dan kerusi Bayan Lepas di bahagian pulau.

Ia juga kalah di kedua-dua kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

Muhammad Fauzi berkata, tidak ada alasan untuk kerajaan negeri pimpinan DAP mengadakan pilihan raya mengejut.

“Ia adalah satu pembaziran wang. Parti itu mahu mengadakan pilihan raya negeri kerana pemimpinnya sedang menghadapi tuduhan rasuah, “dakwanya.

Beliau berkata parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan DAP manakala hubungannya dengan PKR adalah dingin.

Daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, DAP mempunyai 19 kerusi, PKR (10), Barisan Nasional (10) dan PAS (satu) – Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s