Kerjasama Dengan Mahathir: Orang Azmin Faham ‘Luka Lama’ Wan Azizah

SHAH ALAM: PKR menghormati pendirian Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersabit pengalaman lalu beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mahu berkerjasama dengan parti itu, kata Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie.

Beliau menegaskan PKR maklum akan ‘luka lama’ yang dirasai Wan Azizah ekoran “penganiayaan” terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pentadbiran bekas perdana menteri itu, namun berharap satu penyelesaian yang memuaskan boleh di capai.

“Kita akan membincangkan hal ini dalam tempoh terdekat. Saya fikir kita akan melakukan sesuatu dan Wan Azizah mempunyai pandangan politik tertentu.

“Kita kena faham sensitiviti yang dialami Wan Azizah dan keluarganya rentetan apa yang dilakukan Mahathir pada 1998. Kita tidak boleh menyalahkan Wan Azizah, jikalau beliau rasa agak kurang selesa dengan gerakan Mahathir.

“Tetapi suatu perkara yang akan diperincikan, kita mahu melonjakkan sokongan rakyat, jika boleh pergi dalam empat atau sepuluh peratus, saya fikir ia sudah memadai untuk menukar kerajaan di Malaysia,” kata Shafie ketika diwawancara bersama Antarapos, baru-baru ini.

Shuhaimi mengulas pendirian dan sokongan PKR terhadap pengumuman Mahathir untuk menubuhkan sebuah parti baru, sekaligus menjadi salah satu komponen dalam gagasan pembangkang.

Mahathir memecat Anwar daripada Umno dan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dan menuduhnya sebagai seorang homoseks dan tidak bermoral.

Semasa pemerintahan Mahathir, Anwar di hukum penjara lapan tahun atas tuduhan sodomi dan salah guna kuasa sebelum di bebaskan pada 2004 selepas Tun Abdullah Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri baru.

Anwar, yang juga Ketua Umum PKR sebelum ini mengkritik sokongan pemimpin tertentu PKR terhadap Deklarasi Rakyat tajaan Mahathir.

Namun beliau kini mengambil sikap terbuka dalam usaha Mahathir memperkukuhkan pakatan pembangkang dan penubuhan parti baru.

Bagaimanapun Wan Azizah tidak banyak mengulas lanjut berhubung usul permuafakatan PKR dengan parti baru yang bakal diasaskan oleh Mahathir itu.

Shafie yang juga ADUN Seri Muda berpandangan gabungan pembangkang bersama Mahathir kelak akan membuahkan hasil, terutamanya dalam pentadbiran negeri-negeri dibawah gabungan PH.

“Ini satu usaha yang perlu digembleng kerana matlamat utama PH dan rakan pembangkang lain untuk menggantikan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan isu-isu skandal 1MDB, hutang RM2.6 bilion, kenaikan harga barangan dan penurunan nilai Ringgit Malaysia yang menjadi beban dan terpaksa dipikul rakyat.

“Gabungan ini akan menambahkan sokongan rakyat terbanyak terhadap satu perubahan yang telus dan bertanggungjawab,” ujarnya –AP

Advertisements

2 thoughts on “Kerjasama Dengan Mahathir: Orang Azmin Faham ‘Luka Lama’ Wan Azizah

  1. Bukan soal ‘penganiayaan’ tapi Wan Azizah sekeluarga kena fikir saoal kedudukan mereka jika gerakan yg di ketuai oleh Mahahtir berjaya nanti.Siapa yg akan dominan ,Mahahtir atau Anwar ?.Sudah tentunlah Mahahtir & kuncunya.Kemudian keman pula hala tuju Mahahtir,sudah tentu juga lah stail lama,kukubesi,jambatan bengkok ,kronisma,nepotisma,pengswastaan,projek mega dsb.kalau begitu lebih baik saja Wan Azizah sokong Najib dan terus mita PM Najib lakukan sesuatu utk memabantu Anwar pula.Jangan malu-malu,Mahahtir pun tak malu selamba je menjilat ludah dan kahak kuning beliau.sampai sanggup berdakapan dgn musuh tegar seperti DAP ,LKS dan media barat.Orang politik tak perlu ada persaan malu ,ikut saja macam Mahathir dan Anwar sendiri pun.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s