Pemaki Hamun Ulama Jadi Mangsa Konspirasi Politik Terancang Tahap Tertinggi ?

tengkuAIDCNews – 22/7/16 –Secara menyindir, Hanisya Abdul Hamid berkata terdapat konspirasi politik terancang tahap tertinggi untuk menjatuhkan seorang facebooker pro PKR yang sering memaki hamun ulama PAS.

Pembenci PAS dan pemaki hamun ulama yang dimaksudkan Hanisya yang juga dikenali blogger Omak Kau adalah Teuku Zacharyah Iskandar aka Sulaiman Khairi.

“Di akaun FB miliknya namanya ialah Teuku Zacharyah Iskandar dikatakan keturunan Kerabat Di Raja Aceh sedangkan di akhbar Sinar harian tempat beliau mengadu ialah Sulaiman Khairi berumur 48 tahun.

“Di FB beliau digambarkan sebagai anak muda berumur dibawah 30 tahun sedangkan akhbar Sinar Harian menyatakan umurnya sudah hampir setengah abad. Jadi jelas percanggahan di situ.

“Kalau dilihat pada gambar dimuat naik di Sinar Harian tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang Kerabat Di Raja Aceh sedangkan ketrampilannya dengan memakai baju T Jingga 13 terserlah sungguh auranya seorang anak kerabat Di Raja Aceh. Raut wajah pun jauh berbeza rasanya.

“Beliau adalah penyokong kuat DAP sebab itu mana mungkin DAP akan biarkan penyokongnya lebih-lebih lagi kaki maki hamun dan penghina ulama dan PAS dibiarkan hidup susah sampai diisytiharkan muflis sudah 2 tahun tanpa dimaklumkan kepadanya,” kata Omak Kau.

Omak Kau berkata demikian dengan merujuk kenyataan Sulaiman di Sinar Harian yang kesal rumahnya dilelong.

Laporan menyebut, Sulaiman, 48, yang tinggal di Taman Banting Baru terkejut apabila mendapat tahu statusnya telah bankrap oleh Jabatan Insolvensi pada November 2014 atas dakwaan menjadi penjamin seorang penama yang telah membeli sebuah rumah sekitar 2001.

Menurutnya, pembeli rumah tersebut tidak mampu membayar ansuran bulanan rumah dan pihak bank telah melelong rumah tersebut tanpa pengetahuannya selaku penjamin ke atas pembelian tersebut.

“Saya langsung tak dapat sebarang surat atau panggilan telefon dari bank. Sepatutnya pihak bank perlu hubungi atau kesan saya sama ada saya bersedia mengambil alih rumah tersebut atau terus melangsaikan hutang bank yang tertunggak.

“Masalah ni telah saya adukan kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di pejabatnya dan Rafizi sendiri telah bagi surat kepada bank tersebut dan salinan surat kepada Jabatan Insolvensi pada awal 2015 memaklumkan status sebenar, namun masih tiada jawapan,“ katanya ketika ditemui di rumahnya, di Banting Baru.

Mengulas isu berkenaan, Omak Kau berkata sepatutnya parti pembangkang khususnya DAP menganjurkan program solidariti kepada Sulaiman @ Teuku Zacharyah Iskandar yang ditimpa masalah itu.

“Pihak bank sepatutnya kena sedar siapa indvidu yang dia berurusan ini … bukan calang-calang individu .. ilmu agamanya cukup punya tinggi sampai boleh maki dan herdik Presiden PAS semacam jer.

“Mohon sangat-sangat hentikan memfitnah anak muda keturunan kerabat DiRaja Aceh Ini.

“Kepada DAP dan mereka yang sekepala dan seangkatan dengan Sulaiman Khairi a.k.a Teuku Zacharyah Iskandar marilah Bersolidariti lawan sampai menang pemangsaan politik dan konspirasi politik terancang tahap tertinggi yang terbaru ini.

“Satu Teuku Zacharyah Iskandar a.k.a Sulaiman Khairi dianiaya dan dizalimi ratusan ribu anak muda bersemangat waja dan kental sepertinya akan bangkit,”katanya lagi.

wan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s