Kita Tak Akan Panggil US Untuk Jatuhkan UMNO, Kata Presiden PAS

hadiAIDCNews – 22/7/16 –Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar sikap sesetengah pihak yang telah menggunakan kuasa asing, Amerika Syarikat (US) untuk mencapai cita-cita politik mereka untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, pimpinan UMNO-BN.

“Kita benci UMNO, tapi kita tak akan panggil US untuk jatuhkan UMNO. Kita tidak akan benarkan kuasa asing masuk campur. Kalau US masuk Malaysia, kita akan bersama-sama dengan kerajaan sekarang untuk halau US” -.. Allahhuakbar!!!! – TGHH, PRESIDEN PAS” kenyataan dari laman sosial Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang dipetik.

Beliau membuat kenyataan di atas susulan daripada kes saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disambut dengan ghairah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Mengulas lanjut kenyataan Abdul Hadi itu, admin Facebook Presiden PAS membuat ulasan seperti berikut :

Urusan Malaysia Biar Malaysia Yang Uruskan..

Apa yang admin nampak ini adalah permainan golongan chauvanis dalam sebuah parti yang kecewa serta golongan taikun-taikun yang kini sudah tidak mendapat bantuan daripada Perdana Menteri Najib berbanding ketika di zaman Tun Mahathir..

Selain sokongan serta keberanian Najib yang telah pergi melawat Palestin sebelum ini menjadikan beliau PM paling berani melanggar arahan Israel supaya tidak menjejakkan kaki Ke Palestin, Isu Rohingnya, Isu Najib serta barisan Ahli Parlimen BN beragama Islam Menyokong Rang Undang-Undang Islam yang dibawa oleh PAS, pengakuan sah Menteri Luar Arab Saudi berkenaan wujud derma daripada Arab Saudi..

1. US Telah Menyerang Iraq kerana dikatakan Saddam menyimpan senjata nuklear tetapi akhirnya mereka Mengaku silap.

2. Mereka menyerang Libya

3. Mereka menyerang Afghanistan

4. Mereka masuk campur urusan Mesir dan akhirnya kerajaan Islam Mesir tumbang

5. Mereka mendiamkan diri dan membisu isu pembantaian umat Islam Rohingnya

6. Mereka membisu isu Palestin

7. Mereka cuba masuk campur hal dalaman Turki. Akhirnya berjaya digagalkan oleh Presiden Turki..

Kini Malaysia negara Islam kecil yang sentiasa menentang serta membidas kuasa-kuasa besar berkaitan pembantaian umat Islam serata dunia menjadi buruan seterusnnya Polis Dunia (FBI)

Terpulang pada anda bagaimana anda berfikir. Anda mempunyai pendapat Masing-masing.

Admin tak kata betul atau tak kata salah terhadap PM. Ini adalah sumber daripada pemerhatian admin melihat apa yang berlaku dalam Malaysia kini..

hadi3

Advertisements

2 thoughts on “Kita Tak Akan Panggil US Untuk Jatuhkan UMNO, Kata Presiden PAS

  1. inilah masa yg terbaik utk isytiharkan PRN pulau pinang. ketika najib dan BN sedang giat di serang oleh pelbagai pihak. ketika itu baru kita boleh lihat siapa yg lebih goyang..najib aka BN atau lim guan eng aka DAP. amacam…ada berani?

    Like

  2. Saya sangat berbangga dgn kenyataan TGHH ini,Semuga ugama ,bangsa dan negara terus di utamakan agar ianya tidak di jajah kembali.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s