Teresa Kok Perlekeh Solat Hajat PAS Selangor Batalkan Konsert Selena Gomez

teresa kok AIDCNews – 22/7/16 –Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok memperlekehkan arahan Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang meminta agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah SWT agar konsert Selena Gomez dibatalkan daripada dianjurkan di negeri itu.

“Jenaka apa ?? Exco Selangor tidak mengarahkan solat hajat untuk menyelamatkan Malaysia daripada malu yang dibawa oleh skandal 1MDB, tetapi sebaliknya mengarahkan solat hajat untuk membatalkan konsert yang akan datang di Shah Alam ??,”kata Teresa Kok dalam Facebook hari ini.

pecat

Ahli Parlimen DAP Seputeh membuat ulasan itu berdasarkan laporan Malaysiakini yang bertajuk “S’gor exco member orders special prayers to cancel Selena Gomez concert“.

Portal itu melaporkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali baru-baru ini berpendapat bahawa ‘seksi adalah ciptaan Tuhan’ ketika ditanya mengenai bantahan terhadap konsert artis antarabangsa, Selena Gomez di negeri itu, namun pendirian itu nampaknya tidak senada dengan Exco Selangor daripada PAS, Ahmad Yunus Hairi.

Dalam satu kenyataan hari ini Ahmad Yunus mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat bagi memohon konsert itu dibatalkan.

Malah Yunus berkata umat Islam tidak merestui konsert dan hiburan melampau yang hanya akan mengundang bala daripada Allah.

“Umat Islam tidak akan redha dan merestui segala bentuk hiburan yang melampau termasuklah konsert Selena Gomez yang akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

“Semua masjid di Negeri Selangor diarahkan mengadakan solat hajat selepas solat jumaat atau pada bila-bila masa yang sesuai sebelum konsert itu berlangsung untuk memohon kepada Allah SWT semoga konsert tersebut dibatalkan dan negeri Selangor yang kita cintai ini tidak ditimpa bala bencana.

“Juga diberikan hidayah oleh Allah SWT kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran konsert ini,” katanya.

Konsert Selena Gomez bakal berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, 25 Julai ini.

Bagaimanapun ia menerima bantahan Pemuda dan Muslimat PAS yang mengatakan artis berkenaan membawa imej seksi dan liar serta mengundang masalah sosial.

Azmin dipetik berkata konsert itu akan diteruskan, walaupun mendapat bantahan dengan alasan pihak penganjur menepati semua syarat yang ditetapkan.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata penampilan seksi artis itu bukan perkara penting dan tidak sepatutnya dijadikan isu.

“Seksi itu ciptaan tuhan dan subjektif, jangan terlalu teruja mengenainya, kebanyakan peminat lebih tertarik dengan lirik lagu yang disampaikan oleh penyanyi berkenaan,” katanya.

ustaz

3 thoughts on “Teresa Kok Perlekeh Solat Hajat PAS Selangor Batalkan Konsert Selena Gomez

  1. Ni la akibat bila membiarkn ‘kwn’ buat ape sja bila bersama….bila dah berpecah bru ko nk pertikai…ko tsnggung la kesilapan ko dlu…ko la pengkhianat pd agsma dan bangsa….ingat la dari sekarang, jga la perpaduan seagama dn sebangsa sblm jalinkn hubungn dgn kaum lain supaya tidak lgi dihina dn dipijak2 spt sekarang….seblm tsnah ini dinamakn malaysia, ni tanah melayu….ingat smpai bila2…..jgn smpai kita jd penumpang diatas tanah melayu sendri…

    Like

  2. Ko kena ingat….si mangkuk hayun ni memang ambik advantage dlm keadaan huruhara parti nye sendri…semua nk jd hero…kot2 bole naik ‘pangkat’ dlm parti dia….ko jg kena ingat, ketua ko(MB) talam brrmuka2 ssna sini….yg penting bgnye jwtn…agama dn bangsa lama dh dia cmpk jauh2 sbb tu ape jua evrnt yg bertentsngan agama dipejsmkn mata malah disokong….ko ingat satu perkara….biar buruk dimata manusia jgn buruk dimata tuhan…wat la sesuatu seolah2 esok kita mati…..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s