Afdlin Shauki Bantah AS Cuba Atur Hala Tuju Malaysia

afdlin (1) WakeUp Malaya – Ketika orang ramai sibuk memperkatakan saman sivil dikemukakan pihak berkuasa AS berhubung agensi pelaburan milik kerajaan 1MDB, Afdlin Shauki mempunyai pandangannya yang tersendiri berhubung isu itu.

Bagi pengarah, pelakon dan pelawak terkenal itu dia sukar untuk mempercayai sebarang kenyataan dikeluarkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS.

Afdlin berkata, pendirian itu diambil ekoran beberapa kesilapan pernah dilakukan tentera AS dalam percaturan mereka di negara asing.

“Baru berberapa hari lepas, tentera Amerika telah mengebom Syria dan membunuh berpuluh umat Islam yang tak bersalah. Kerajaan Amerika sendiri cakap mereka tersilap kerana memikirkan kawasan yang dibom berdekatan dengan Aleppo tu adalah kubu IS.

“Mereka SILAP! Intel (agensi risikan) mereka SILAP!!! Dan penghujungnya kanak-kanak dan orang awam yang tak berdosa mati terbunuh,” tulisnya di Instagram dan Facebook sebentar tadi. https://www.instagram.com/p/BIHcaroA53I/

Bagaimanapun dalam tulisan itu Afdlin tidak menerangkan lebih lanjut mengenai rujukan kepada kenyataan mengenai FBI yang dibuatnya.

Namun dipercayai ia berkaitan sidang media FBI dengan kerjasama Jabatan Kehakiman (DOJ) AS semalam yang mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset didakwa diperolehi melalui dana 1MDB.

Kata Afdlin, apabila ada kenyataan dikeluarkan FBI sukar untuk dia mempercayainya begitu saja.

“Saya tak mengatakan apa yang dikatakan (FBI itu) betul atau tidak, tetapi cuba kita fikirkan apa kepentingan Amerika masuk campur dalam urusan negara kita?

“Cuba kita fikirkan apakah agenda penyudah mereka. Biar rakyat Malaysia menentukan hala tuju negara ini bukan orang luar. Lebih-lebih lagi mereka yang kita tahu kejam dan sering menggunakan muslihat untuk menjatuhkan negara orang. Mereka sendiri mengaku dalam filem-filem mereka,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s