Kes Sivil Jabatan Kehakiman AS Sama Modus Operandi FAC Pernah Saya Lakukan – Raja Petra Kamaruddin

rpkJabatan Kehakiman AS sedang mengambil tindakan berdasarkan aduan oleh ANC (Anti-Najib Campaign). Saya masih teringat akan perkara yang sama saya lakukan 16 tahun yang lepas pada tahun 2000 (ketika itu adalah Free Anwar Campaign). Saya pergi ke Washington dan membayar firma lobi AS untuk membawa kes ‘tahanan politik’ Anwar Ibrahim yang berdasarkan kepada ‘dakwaan palsu’ dan ‘bukti palsu liwat’ kepada perhatian kerajaan AS.

Raja Petra Kamarudin

Sebilangan orang telah menghubungi saya untuk bertanyakan samada saya akan memberi respon terhadap keterujaan terbaru yang melibatkan sidang media Jabatan Kehakiman AS semalam. Sebenarnya saya dan isteri sedang berada di Poland dan akan memandu ke Austria, perjalanan yang memakan masa hampir sehari.

Walau bagaimanapun, untuk memuaskan sebahagian daripada anda dan untuk mengelakkan dari dituduh enggan berbicara tentang isu ini, saya akan menerbitkan pandangan saya tetapi tidak sepanjang 3-4 mukasurat seperti kebiasaan.

Pertamanya, saya pernah melihat keterujaan seperti ini tidak lama dahulu yang kemudiannya mati dengan begitu sahaja. Ambil contoh seperti kononnya kes mahkamah di Perancis. Ia diwar-warkan sebagai perbicaraan terbuka mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibbu.

Saya berasa begitu teruja dan pergi ke Paris untuk menghadiri perbicaraan tersebut yang juga disertai oleh editor Free Malaysia Today. Apa yang kami dapati adalah kami telah disalah maklum oleh SUARAM. Ia bukanlah sebenarnya perbicaraan terbuka tetapi siasatan di dalam bilik hakim. Maksudnya, ia tidak terbuka kepada umum ataupun satu perbicaraan.

Seterusnya, kami dapati ia juga bukan tentang pembunuhan Altantuya tetapi sama ada warganegara Perancis atau entitinya terlibat dengan korupsi yang melibatkan penjualan dua buah kapal selam kepada Malaysia.

Dan penyiasatan tersebut adalah berdasarkan aduan Suaram yang didakwa oleh mereka mempunyai locus standi untuk membuat aduan tersebut yang kemudiannya dibuktikan sebagai palsu.

Pengalaman tersebut merupakan satu anti-klimaks yang besar dan setelah bertahun-tahun sehingga kini, masih belum terdapat sebarang perbicaraan mengenai pembunuhan tersebut.

Episod terbaharu AS adalah hampir serupa dengan apa yang kami percayai tentang perbicaraan di Perancis.

Dan setelah menonton video sidang media itu semalam, ia kelihatan seperti Jabatan Kehakiman US berbicara lebih tentang syak wasangka dan bukannya berdasarkan fakta yang telah dibuktikan. Respon kepada soalan yang ditujukan, mereka menjawab bahawa siasatan masih dilakukan dan sebahagian daripada fakta belum boleh disahkan lagi.

Adakah keterujaan AS akan berakhir seperti keterujaan Perancis beberapa tahun yang lepas? Sampaikan pengadu di Perancis telah ditutup dan tidak lagi wujud. Sehingga kini, tiada siapa memberitahu kami tentang apa-apa mengenai perbicaraan di mahkamah Perancis yang tidak wujud.

Maka sebelum saya menjadi teruja dan bergegas ke Washington, seperti yang saya lakukan ke Paris beberapa tahun lepas, mari kita lihat ke mana semua ini akan pergi.

Jabatan Kehakiman AS sedang mengambil tindakan berdasarkan aduan oleh ANC (Anti-Najib Campaign). Saya masih teringat akan perkara yang sama saya lakukan 16 tahun yang lepas pada tahun 2000 (ketika itu adalah Free Anwar Campaign). Saya pergi ke Washingron dan membayar firma lobi AS untuk membawa kes ‘tahanan politik’ Anwar Ibrahim yang berdasarkan kepada ‘dakwaan palsu’ dan ‘bukti palsu liwat’ kepada perhatian kerajaan AS.

Kaedah yang dilakukan di AS, seperti mana yang saya sendiri lakukan, adalah dengan membayar firma AS sejumlah wang yang besar dan mereka akan melobi sehingga kes anda didengari. Pada akhirnya, tidak banyak yang boleh berlaku (seperti kes Anwar yang saya bawa pada tahun 2000) tetapi anda boleh pastikan mereka akan membuat ‘bising’ sebanyak mungkin (seperti apa yang kami lakukan pada tahun 2000).

Saya tidak pasti siapa Perdana Menteri Najib Tun Razak lantik untuk bekerja untuknya di AS (Anwar mempunyai saya pada tahun 2000). Tetapi siapa sahaja individu tersebut, Najib perlu pecat beliau dengan segera dan lantik individu lain yang tahu bagaimana untuk menjalankan tugas. Sekiranya Najib melantik saya dengan bajet beberapa juta, saya tahu apa yang perlu dilakukan. Saya pernah lakukan untuk Anwar dan ia tidak sampai RM1 juta.

Sepastinya, rakyat Malaysia yang tidak tahu bagaimana perkara ini dijalankan di AS akan menjadi kecoh dan menjadi teruja. Tetapi, bagi kami yang tahu bagaimana mekanisma ini berfungsi akan kekal tenang dan memandu dari Poland ke Austri bersama isteri kami, seperti apa yang saya akan lakukan dalam tempoh 1 jam dari sekarang.

Walau apapun, kita akan berbicara lagi setelah saya sampai di Austria.

Sumber : http://www.malaysia-today.net/the-us-department-of-justice-bells-and-whistles-show/

Advertisements

One thought on “Kes Sivil Jabatan Kehakiman AS Sama Modus Operandi FAC Pernah Saya Lakukan – Raja Petra Kamaruddin

  1. Kalau berkaitan dgn negara luar ,polisi US ialah berdasarkan persepsi bukan fakta.WMD Sadam Hussain samapai ke hari ini tidak di temuai,sedangkan berdasarkan persepsi negara tersebut telah di hancurkan dan Saddam pula sudah di hukum bunuh.Akibatnya sehingga ke hari Iraq di landa huru hara yg mengorbankan banyak jiwa. US peduli apa kerana persepsi mereka Iraq berada di dalam keadaan aman dan sejahtera,mampu mengeluarkan hasil minyak oleh syarikat mereka dan utk mereka .

    Begitu jugalah US pernah berpersepsi bahawa seoirang individu sokongan mereka di negara ini telah di tuduh dan di bicarakan dengan kesalahan sodomi ,berdasarkan niat politik,bukan benar-benar perbuatan jenayah.Walau pun berdasarkan faktanya individu berkenaan memang seorang peliwat yg merupakan satu kesalahan berat berdasarkan undang-undang negara ini.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s