1MDB : Tidak Ada Tanda Najib Goyang, Lapor Media Singapura

najib AIDCNews – 25/7/16 – Kedudukan politik Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tergugat walaupun saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) ke atas dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor media Singapura, The Strait Times pada Sabtu.

Media Singapura itu melaporkan walaupun berlaku ‘serangan’ daripada DOC, namun ia tidak akan melemahkan pentadbiran di bawah pemerintahan Najib, kerana beliau mempunyai kedudukan yang teguh dalam UMNO dan kawalan ke atas institusi Malaysia yang utama seperti agensi keselamatan.

“Keselamatan Najib adalah kerana penentang di kalangan Pembangkang dan UMNO tidak dapat bersama-sama untuk menyampaikan mesej yang koheren dan alternatif boleh dipercayai,” kata Pengarah Pusat Merdeka, Ibrahim Suffian yang dipetik media itu.

Sementara itu, Pemuda MCA membidas Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam), Datuk S Ambiga yang menggesa seluruh Kabinet supaya meletakkan jawatan berhubung DOJ Amerika Syarikat yang membuat saman sivil terhadap 1MDB.

Ketuanya, Chong Sin Woon berkata, Ambiga sepatutnya menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meletakkan jawatan terlebih dahulu berhubung dakwaan rasuah.

“Jangan amalkan ‘double standard’ (pilih kasih). Saman itu tidak pun menyasarkan Perdana Menteri, jadi tidak logik meminta seluruh Kabinet meletakkan jawatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu program di Nirvana Memorial Garden pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Ambiga yang menggesa Kabinet meletakkan jawatan berhubung saman sivil berkenaan.

Chong menggesa Ambiga tidak terlibat dengan politik partisan, tetapi sebaliknya menggunakan pengaruhnya untuk kebaikan negara ini.

“Anda seorang yang dihormati tetapi gunakanlah kedudukan anda untuk menjadikan negara ini lebih baik. Jangan hilang tumpuan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s