Apa Muslihat Politik Di Sebalik Azmin ‘Serang’ Saari Di Twitter ?

SHAH ALAM: ADUN Hulu Klang, Saari Sungib tidak percaya status ‘pengemis jawatan Exco’ yang ditujukan kepadanya datangnya daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Ujar Saari, beliau mempunyai hubungan baik dengan Azmin malah sehari sebelum status itu dinaikkan, mereka berdua berbicara tentang banyak isu di Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran seorang penyokong Pakatan Harapan (PH).

Pada Ahad malam, Azmin dilihat menaikkan status sindiran kepada Saari selepas bekas ahli PAS itu mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri Selangor untuk terus bersama PAS serta corak ‘politik Istana’ yang dimainkan ADUN Bukit Antarabangsa itu.

Status itu berbunyi “@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke”.

“Saya tidak rasa itu apa yang dikatakan oleh (Datuk Seri) Azmin. Sebab saya baik dengan beliau. Malam sebelum iaitu hari Sabtu kami datang ke rumah terbukanya di Ulu Kelang. Kami sempat luangkan masa 30 minit. Masa saya nak akhiri (jelajah) jemputan rumah terbuka di rumah penyokong Pakatan Rakyat, Azmin pun ada disana.

“Kami bersembang termasuklah perkara yang berkaitan dengan persepsi dan pandangan rakyat tentang kuasa Istana dan Sultan. Jadi disitulah saya kemukakan susulan,” katanya berhubung status Twitter Azmin yang menyebut nama beliau.

saari-raya
raya2
raya3
raya4
raya5
raya1

Ujar Saari, tindakannya mempersoalkan isu pentadbiran Selangor di laman Twitter adalah untuk memberi ruang kepada Azmin menjelaskan kepada rakyat Selangor bersabit pendirian beliau tentang mengapa masih mengekalkan exco PAS dalam pentadbirannya sedangkan Pakatan Rakyat sudah lama terkubur.

Saari sebelum ini menegaskan PKR perlu meninggalkan PAS berikutan hubungan PKR, DAP dan Amanah bersama parti itu tidak lagi boleh diperbaiki.

Malah Saari turut mahu Azmin menjelaskan persepsi bahawa beliau memenuhi kehendak istana supaya kerajaan negeri dianggotai oleh majoriti orang Melayu.

“Kita menyatakan kita adalah kerajaan pembaharuan. Jadi kalau ada benda kabur dan kurang jelas hendaklah diperjelaskan, saya yakin kekuatan dan sokongan padu dan prestasi baik Menteri Besar akan membolehkan perkara ini diselesaikan.

“Jangan sampai ada tanggapan bahawa (Datuk Seri) Azmin mengamalkan formula politik yang berlainan daripada apa yang dikehendaki oleh Pakatan Harapan di Selangor. Yang dipersetujui ialah Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR dan Amanah. Tapi di Selangor hanya mengekalkan formula lama,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Saari berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Azmin dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai status Twitter Azmin yang ada menyebut namanya semalam.

“Saya akan tanya (mengenai status Twitter terhadap saya) suatu hari nanti. Kami ada majlis bersama (hari ini), Azmin hadir begitu juga saya, saya tidak sempat jumpa dia sebab wartawan serbu saya dan dia.

“Memang saya nak dapatkan penjelasan, jangan sampai dia salah faham. Tapi jelas saya telah mainkan peranan saya yang sepatutnya sebagai ADUN bagi mengimbangi kekuatan (kerajaan negeri Selangor),” kata Saari – AP

saari it1
saari it

Nak Jadi Pengemis Jawatan Exco Ke’ Tanya Azmin Kepada Saari Sungip

One thought on “Apa Muslihat Politik Di Sebalik Azmin ‘Serang’ Saari Di Twitter ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s