‘Nak Jadi Pengemis Jawatan Exco Ke’ Tanya Azmin Kepada Saari Sungip

azmin1AIDCNews – 25/7/16 – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bertanya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungip adakah beliau sedang melobi untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor.

“@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke,” tulis Azmin di laman Twitternya malam tadi.

Bagaimanapun semakan laman Twitter milik Azmin tengahari ini mendapati, posting berkenaan telah dipadamkan.

azmin2

Dilaporkan, Azmin menulis Twitter itu sebagai membidas dakwaan Saari yang menuduh Timbalan Presiden PKR mengamalkan budaya politik berbahaya iaitu permainan ‘politik istana’ dengan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.

Kerajaan negeri Selangor terdiri daripada wakil dari PKR, DAP dan PAS walaupun Pakatan Rakyat berkubur pada tahun lalu.

PAS masih mempunyai tiga wakil dalam exco kerajaan negeri kerana kerjasama antara PAS-PKR.

Saari berkata isu di Selangor bahawa kerajaan harus diterajui majoriti Melayu tetapi Azmin hanya memaklumkan kepada Sultan Selangor bahawa Selangor mempunyai lapan anggota exco kerajaan negeri berbangsa Melayu daripada 11 orang.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor itu berkata Azmin perlu meninggalkan PAS dengan menegaskan parti itu tidak lagi boleh diperbaiki.

Saari berkata demikian dalam satu forum yang dianjurkan Gerakbudaya di Petaling Jaya, malam Ahad.

One thought on “‘Nak Jadi Pengemis Jawatan Exco Ke’ Tanya Azmin Kepada Saari Sungip

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s