PAS Tidak Yakin Pilihan Raya Tergempar Pulau Pinang

AIDCNews – 25/7/16 –PAS tidak yakin kerajaan DAP akan mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, kata Pengarah Pilihan Raya parti itu Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata berdasarkan analisis dan maklumat, pilihan raya negeri (PRN) tidak mungkin berlaku kerana tiadanya kesepakatan dalam kalangan kepimpinan DAP dan Pakatan Harapan.

“Kepimpinan dalam Pakatan Harapan tidak bulat (sepakat) untuk adakan pilihan raya. Jadi, walaupun ada desas desus mengenai PRN, PAS tidak yakin ia akan diadakan.

“Lagi pun, cadangan untuk mengadakan pilihan raya negeri dibuat selepas kes (dakwaan salah laku rasuah Ketua Menteri) Lim Guan Eng,” katanya pada sidang berita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu pada Ahad.

Namun, katanya PAS bersedia menghadapi pilihan raya itu sekiranya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz yang menghadiri sidang berita berkenaan, berkata DAP mahu mengadakan PRN itu demi kepentingan parti itu dan bukannya rakyat.

“Tetapi, jika benar PRN diadakan dalam masa terdekat, jentera Pemuda sentiasa bersedia menghadapinya,” katanya.

Pada Sabtu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata DAP masih menunggu persetujuan daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan sebelum memutuskan untuk melaksanakan pilihan raya mengejut di negeri ini.

“Kami akan adakan mesyuarat pada Ahad, sila tunggu pengumumannya,” katanya.

Rabu lepas, Lim berkata tidak akan mengambil keputusan secara unilateral berhubung PRN, malah akan meneruskan perbincangan dengan sekutunya dan akan memberikan masa secukupnya untuk mereka membuat pertimbangan, tapi tidaklah selamanya.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai 19 kerusi, PKR 10, Barisan Nasional (BN) 10 dan PAS 1.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s