Hadkan Tempoh Ketua Menteri Pulau Pinang 2 Penggal Terkandung Dalam Manifesto Pakatan Pembangkang -YB Teh

tehAIDCNews – 26/7/16 –Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah, YB Teh Yee Cheu berkata janji menghadkan tempoh seorang memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bukan idea baharu, sebaliknya sudah terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) yang telah dipersetujui parti.

“Pada tahun 2008, sebelum PRU 12, semasa kempen parti, terdapat resolusi yang kita panggil sebagai manifesto. Salah satu kandungan manifesto itu adalah had tempoh jawatan Ketua Menteri.

“Saya mempunyai salinan (manifesto itu) dalam bahasa Mandarin. (Dalam manifesto itu) menyatakan (dihadkan kepada) tiga penggal. Berasaskan perkara ini, ia bukan perkara baharu yang saya bangkitkan. Ia sesuatu yang telah dipersetujui parti,”katanya dalam program temu bual ‘Airtime With Ronnie Klassen’.

YB Teh menambah beliau tidak pernah membangkitkan isu had tempoh Ketua Menteri ini ketika Lim Guan Eng memegang jawatan itu untuk penggal yang pertama (2008-2013).

Sebaliknya, ia mula membangkitkan semula isu berkenaan selepas Guan Eng mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang untuk penggal kedua.

“Saya bangkitkan isu ini selepas penggal kedua pada tahun 2013. Saya bangkitkan untuk memastikan reformasi dilakukan..untuk merealisasikan apa yang telah dijanjikan,”katanya.

Ketika menjawab isu Guan Eng dihadapkan di mahkamah di atas dakwaan salah guna kuasa dan rasuah YB Teh berkata beliau bersetuju Guan Eng bercuti daripada terus memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Sebenarnya, kira-kira dua bulan lalu, saya bersetuju dengan saranan (Dato’) Ambiga (Sreenevasan, bekas Presiden Majlis Peguam) yang menyatakan Ketua Menteri (Guan Eng) perlu bercuti.

“Begitu juga dengan rakan parti saya, Tony Pua (Pengerusi DAP Selangor) juga buat kenyataan (bersetuju Guan Eng bercuti) sekiranya (Guan Eng) dihadapkan di mahkamah.

“Tetapi hari ini, (apabila Guan Eng) telah dihadapkan di mahkamah… Jadi, saya tetap konsisten berpendapat dia (Guan Eng) perlu bercuti,”katanya lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s