Kementerian Kerja Raya Gantung Rundingan Projek Jambatan Ketiga Pulau Pinang

AIDCNews – 26/7/16 –Menganggap Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak serius, Kementerian Kerja Raya telah mengantung rundingan berhubung permohonan untuk membina jambatan ketiga di negeri itu.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang gagal menghantar dokuman-dokumen tersebut pada tarikh akhir 22 Julai lalu meskipun sudah empat peringatan diberikan.

“Saya tidak faham mengapa kerajaan Pulau Pinang gagal menghantar dokumen tersebut kerana mereka pernah menyatakan kajian-kajian terhadap kos sehingga RM305 juta telah pun siap atau 83 peratus siap sejak tiga bulan lalu.

“Dokumen-dokumen tersebut perlu digunakan untuk menyokong permohonan serta membantu kementerian untuk mempertimbangkan projek berkenaan.

“Kementerian kami memberi fokus pada manfaat rakyat. Tiada kerajaan tempatan di dalam dunia yang boleh memberi kelulusan secara prinsip terhadap sebuah projek prasarana bernilai billion ringgit dengan menghantar dua helai surat sebagaimana yang dihantar oleh kerajaan Pulau Pinang kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Fadillah, beliau tidak pasti sama ada itu adalah amalan standard di Pulau Pinang atau tidak bagaimanapun perkara tersebut tidak diamalkan di peringkat kementerian Kerajaan Persekutuan.

Dengan itu, Kementerian Kerja Raya, katanya, meletakkan permohonan tersebut sebagai Keep-In-View (KIV)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s