DAP & PKR Bergantung Kepada Akar Umbi PAS Di Pulau Pinang – Abdul Hadi

AIDCNews – 27/7/16 –Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peringatan kepada DAP dan PKR agar tidak terlalu sombong menuduh Parti Islam itu tiada pengaruh di Pulau Pinang dengan bersandarkan hanya memiliki satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Menurutnya, walaupun PAS hanya memiliki satu DUN di Permatang Pasir, namun DAP dan PKR masih bergantung kepada akar umbi PAS untuk menang di kawasan-kawasan lain di negeri itu dalam pilihan raya sebelum ini.

“Kita ada kekuatan di Pulau Pinang, bahkan DAP dan PKR kena sedar, mereka bergantung kepada cawangan-cawangan kita, akar umbi kita.

“Walaupun kita tidak ada kerusi, kita ada akar umbi di Pulau Pinang dan dalam pilihan raya tahun 1979, ketika Kelantan jatuh 2 kerusi, kita ada satu kerusi parlimen di Pulau Pinang (dan) ada DUN di Pulau Pinang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan berkenaan kekuatan PAS di negeri itu sekiranya berlaku pilihan raya mengejut di negeri itu.

“Itu terpulang kepada Kerajaan Pulau Pinang. Itu bukan urusan kita,” kata Abdul Hadi ketika menjawab soalan ada ura-ura kerajaan negeri pimpinan DAP itu yang mahu melaksanakan pilihan raya mengejut.

“Dan PAS bersedia masuk pilihan raya bila-bila masa dan di mana sahaja. Termasuk (bertanding) bersendirian.

“Itu mengikut penilaian PAS Pulau Pinang. Kita akan letak calon di mana sahaja yang sesuai,”tambahnya lagi.

Abdul Hadi juga turut menyentuh kerjasama dengan UMNO dalam BN (1972 – 1978) dan dengan DAP dalam Barisan Alternatif (1999 -2001) serta Pakatan Rakyat (2008 -2015)

“PAS ada sempadan. Sempadannya adalah tidak lari daripada dasar, matlamat iaitu untuk menegakkan Islam, dasar Islam, tujuan Islam.

“Sebarang kerjasama yang mengheret PAS di luar daripada dasar ini dalam sejarahnya, kita (PAS) tidak akan teruskan.

“PAS dalam tahun 1974 dengan UMNO Barisan Nasional, tahun 1979, kita dikeluarkan daripada BN. Kita tak boleh terima apabila timbulnya pertembungan antara PAS dengan kalangan yang anti-Islam dalam BN di masa itu. Bukannya krisis Kelantan, tetapi krisis pemikiran yang tak mahu terima Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

“Yang terakhir kerjasama kita dengan Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif. Bila DAP beberapa kali minta kita (PAS) ‘senyapkan’ Islam. Itu hak kita.

“Kita tidak minta dia (DAP) ‘senyapkan’ dasar dia, agama dia. Mengapa pula dia sentuh hal kita. Ini ketegasan kita.

“Apa yang berlaku, bukan kita keluar, (tetapi) DAP yang keluar daripada pakatan ini (Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat).

“Dia (DAP) nak buat pakatan lain, itu hal dia. Kita konsisten dengan dasar dan matlamat perjuangan kita,”katanya lagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s