PRN Pulau Pinang: Guan Eng Beri Kata Dua Kepada PKR ?

guan engAIDCNews – 27/7/16 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat seolah-olah memberi kata dua kepada PKR dengan mendesak parti Keadilan itu untuk bersetuju mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara mengejut di Pulau Pinang pada tahun ini juga dan bukannya ‘menggantung’ keputusan tanpa memberi tempoh masa.

“Biarlah rasional. Kalau kita cakap tahun depan, ia memang tidak munasabah.

“Anda tidak boleh tetapkan tempoh masa, tetapi jika anda cakap mengenai tahun depan, maka adalah mustahil ketika ini.

“Bila kita bercakap tentang pilihan raya, ia perlu dilakukan dengan segera. (Ia) tidak boleh dilambatkan melainkan keadaan baharu yang terjadi atau terdapat perubahan,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Guan Eng berkata sedemikian ketika mengulas keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR malam tadi memutuskan bahawa parti itu masih belum bersetuju dengan cadangan DAP mengadakan PRN itu.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, parti itu mempunyai beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan PRN mengejut di negeri berkenaan.

“Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat telah memutuskan sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

“Walau bagaimanapun dalam semangat setiakawan, PKR tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan parti rakan di dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin mengulas lanjut berkaitan keputusan parti Keadilan yang tidak begitu bersetuju dengan PRN mengejut di Pulau Pinang itu.

Menurutnya, PRN mengejut itu lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan untuk Pakatan Harapan (PH).

“Antara pro dan kontra, terlalu banyak kontra, benda negatif yang timbul dari PRN ini. Kita akan berjumpa dengan DAP untuk beritahu sebabnya (ketidakyakinan),” katanya.

Beliau berkata DAP mempunyai hak untuk mendesak PKR memberikan persetujuan berhubung cadangan mengadakan PRN mengejut di Pulau Pinang pada tahun ini.

Bagaimanapun DAP juga perlu memahami pendirian parti yang masih belum yakin dengan keperluan mengadakan pilihan raya tersebut, ujarnya.

“Masing-masing boleh mendesak, tetapi pada parti kena memikirkan buruk dan baiknya, terutamanya dalam aspek PKR.

“Apa yang kita putuskan, buruk baiknya bukan pada PKR sahaja, tetapi kepada kerajaan Pulau Pinang dan PH, serta semua,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Sambil menolak saranan DAP, Shaharuddin berkata PKR tidak perlu menetapkan sebarang jangka masa tertentu dalam membuat keputusan.

“Jangka masa apa? Kita sebutkan bahawa kita masih tak yakin dengan PRN. Jika tak yakin, maknanya tak yakinlah. DAP kena yakinkan kita lagi alasan mengadakan PRN.

Advertisements

One thought on “PRN Pulau Pinang: Guan Eng Beri Kata Dua Kepada PKR ?

  1. Bagi DAP, selama-lamanya rundingan itu bermaksud mana-mana pihak lain mesti mengikut kata dan keputusan DAP.
    Apa yang susah sangat PKR mahu faham..?
    Contohilah PAN yang sentiasa akur dengan keputusan DAP setelah `berunding` dengan DAP….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s