Tanah Warisan Dunia Ditukar Status Untuk Projek Pembangunan – CheguBard

Kami telah mendapat maklumat beberapa bulan lalu mengenai pertukaran syarat tanah dan kegunaan tanah Lot 68054, Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat. SAMM telah membentuk satu pasukan bagi meneliti aduan dan siasatan termasuk lawatan tapak dan bertemu pegawai kerajaan serta pakar dalam bidang alam sekitar.

Berdasarkan beberapa dokumen kerajaan Lot 68054 ialah terletak di kawasan Paya Indah WetLand iaitu sebuah kawasan yang termasuk dalam perjanjian Ramsar di mana Malaysia telah menjadi anggota ke 84 dengan menandatangani perjanjian Ramsar pada 1995. Kelangsungan ikrar tersebut Malaysia telah mengistiharkan 6 kawasan hutan sebagai warisan dunia Ramsar termasuklah Paya Indah Wetland.

Kawasan Paya Indah Wetland ini diistiharkan sebagai warisan dunia kerana ia menjadi habitat perlindungan penting spesis terancam yang jarang ditemui malah menurut rekod ada burung hijrah yang hanya berhenti sekali dalam penerbangan hijrahnya iaitu di Paya Indah Wetlands. Ini beerti selain pengekalan suhu, penampan kepada pencemaran dan bencana maka sebarang gangguan kepada Paya Indah Wetland boleh bukan sahaja menjejaskan alam sekitar sekitar tetapi turut mengganggu ekosistem dunia.

Tanah di Lot 68054 seluas 619 hektar ini milik sebuah syarikat , Salak Park. Menurut rekod Syarikat ini milik Dato’ Tan Leong Min telah memiliki tanah ini pada tahun 1994 ketika Selangor dibawah Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Semenjak itu Salak Park beberapa kali cuba menukar status tanah tersebut termasuk ketika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar tetapi ditolak atas alasan tanah ini terletak di kawasan Paya Indah Wetland dan sebarang usaha pembangunan akan menjejaskan kawasan warisan dunia ini. Dibawah 4 Menteri Besar kawasan itu kekal terpelihara dengan alasan sama.

Menjadi persoalan sangat besar melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Azmin Ali,Menteri Besar telah meluluskan penukaran status tanah tersebut dari pertanian (terhad) kepada kawasan pembangunan. Dalam keadaan bencana alam bersambung dan keadaan cuaca dunia tidak menentu kenapa perkara ini boleh dilakukan ?

SAMM menuntut Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar menarik semula kebenaran pembangunan kawasan tersebut. Ingatlah keuntungan singkat ini akan memberi kesan negative ke pada alam sekitar untuk ganerasi akan datang. Kepada Kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR dan sekutu tolong jangan menjadi hopokrit kita menentang pencabulan hutan (alam sekitar) di negeri seperti Sarawak, kita tolak alasan mereka (bn) kononya kerana pembangunan namun adakah kini kita mahu memberikan alasan yang sama. Ingatlah kita melawan Umno Bn dan mengambil alih kuasa dari mereka bukan sebab untuk buat perkara yang sama seperti mereka tetapi kita mahu berbuat lebih baik untuk rakyat dan alam sekitar.

SAMM akan mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa bertindak bersama dengan melibatkan NGO alam sekitar, aktivis, cendiakawan dalam bidang berkaitan ke arah mendesak menyelamatkan khazanah dunia ini serta meneruskan melakukan kerja – kerja penyiasatan. Kami sangat yakin ia akan membawa kepada pembongkaran yang lebih besar.

Sekian dan terima kasih ;

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Petikan minit mesyuarat ini merupakan salah satu dokumen kerajaan yang ada dalam simpanan (minit ketika Khalid Ibrahim,MB) membuktikan Lot 68054 terletak di kawasan warisan dunia, Paya Indah Wetland dengan syarat guna tanah terhad, bagaimana ia boleh tiba – tiba dipinda dan bertukar ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s