Tony Pua Luah Kekecewaan Terhadap PKR

AIDCNews – 27/7/16 –Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menggunakan laman media sosial untuk meluahkan kekecewaannya dalam politik terhadap individu yang dipanggil ‘rakan’.

“Kadang kala, anda tertanya-tanya jenis rakan yang anda miliki. Apabila mereka berada dalam krisis, anda menyokong mereka.

“Kemudian pada suatu ketika di mana kami akan menghargai sokongan mereka, mereka membocorkan segala-galanya kepada media terlebih dahulu, meninggalkan anda dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

“Atau mengumumkan kepada seluruh dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami terlebih dahulu,” kata Pua dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada petang Rabu.

tony pua

Komen ringkas yang penuh tanda tanya itu dipercayai ada kaitan dengan rakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan, PKR kerana tidak menyokong pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dengan menyatakan bahawa mereka masih belum yakin dengan tujuan tersebut.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani, mesyuarat secara sebulat suara memutuskan bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

“Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani, mesyuarat secara sebulat suara memutuskan bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

“PKR akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi parti untuk menerangkan pendirian ini kepada pemimpin DAP dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, Selasa malam.

Turut dilihat hadir pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Khas itu adalah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung serta Naib Presiden Rafizi Ramli.

Mesyuarat bermula pukul 9 malam dan berakhir kira-kira pukul 11 malam.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Syerleena Abdul Rashid membangkitkan semula isu PKR yang meminggirkan DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini.

Dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Syerleena berkata, partinya hanya mengetahui PRK apabila perkara itu disiarkan di media dalam talian.

“Saya ingin memperbetulkan kenyataan Fahmi mengenai DAP telah dirunding berhubung pengumuman PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, kerusi Parlimen Permatang Pauh atau DUN Kajang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu, sambil menambah bahawa Fahmi boleh mengesahkan mengenai dakwaan Syerleena dengan jawatan tertinggi dalam kepimpinan PKR.

Pada Isnin, Fahmi berkata, dua PRK Permatang Pauh pada 2008 dan 2015, tertumpu kepada ketua umum PKR, dan PKR telah berunding dengan DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain pada 2014 mengenai PRK Kajang.

Beliau berkata, ketiga-tiga contoh yang dibangkitkan Lim Guan Eng adalah PRK yang melibatkan satu kerusi di mana penyandangnya adalah PKR dan implikasi serta-merta adalah kepada PKR sendiri.

Syerleena bagaimanapun merujuk kepada PRK Kajang yang bukan hanya untuk satu kerusi, kerana ia turut melibatkan pertukaran Menteri Besar Selangor.

“Ia merupakan implikasi yang besar, hampir besar menyamai mengadakan pilihan raya negeri,” katanya.

Syerleena yang juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendakwa walaupun tidak dirunding terlebih dahulu, tetapi DAP tidak membuat sebarang kekecohan malah sebaliknya memberikan sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi kepada keputusan kepimpinan PKR demi perpaduan dan solidariti Pakatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s