Anwar Ada Agenda Tersembunyi Sokong Parti Mahathir – Ustaz Sallehen

AIDCNews – 28/7/16 –Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Sallehen Mukhyi berkata Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mempunyai agenda tersembunyi apabila menyokong parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamed.

“Anwar mempunyai idea mengatakan bahawa apabila Mahathir menubuhkan parti baru, maka sudah jelas fokus Mahathir. Boleh jadi jelas kepada Anwar bahawa Mahathir tidak akan kemana dalam perjuangannya.

“Sebab itu Anwar memberikan respon keterbukaannya. Sebab inilah peluang Anwar untuk menyingkirkan terus Mahathir dari politik negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Sallehen berkata masa depan parti baharu Mahathir itu tidak akan ke mana memandangkan pemimpin itu tidak reformis sebagaimana Anwar.

“Mahathir bukan reformis. Walaupun beliau mempunyai idea besar, tetapi beliau tidak seperti Anwar. Anwar seorang reformis, ada akar umbi.

“Mahathir tiada akar umbi. Beliau ada kekuatan sebagai pentadbir awam. Kalau beliau mempunyai akar umbi yang kuat, anaknya (Mukhriz) di Kedah tidak boleh goyang. Namun realitinya anaknya sendiri perlu lepaskan jawatan,” ujar ADUN Sabak itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s