Bukan Hanya PKR, DAP Juga Berdepan Musibah Jika Teruskan PRN Pulau Pinang

kamilSHAH ALAM: Bukan sahaja PKR, DAP juga akan menerima musibah sekiranya bertegas mahu meneruskan agendanya mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tergempar Pulau Pinang hujung tahun ini.

Bekas Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub berkata DAP perlu belajar daripada kesilapan percaturan politik mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN Sarawak) Mei lalu.

“Saya khuatir dan bimbang ia boleh berlaku. Besar kemungkinan jika diteruskan juga tanpa muafakat di kalangan parti-parti bukan BN ini, maka akan berlaku kejutan.

“Malahan dalam konteks (kemenangan) DAP sendiri dalam menghadapi PRN Sarawak, daripada (memiliki) 12 kerusi kepada (hanya) 7 kerusi DUN (selepas PRN Sarawak),” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Mustafa menekankan muafakat sesama pembangkang amat penting supaya parti-parti itu tidak lagi menerima kekalahan sepertimana yang dihadapinya dalam PRN Sarawak yang lalu.

Beliau juga menyifatkan tidak wajar buat DAP bertegas meneruskan PRN itu tanpa mengambil kira pandangan PKR memandangkan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga menyumbang kemenangan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ia rentetan gesaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kepada PKR supaya parti itu tidak mengambil masa yang lama untuk menyatakan pendirian terhadap PRN itu.

“Kewujudan kerajaan negeri Pulau Pinang adalah kewujudan bersama membabitkan DAP dan PKR dalam jumlah yang ketara.

“Tidak wajar tindakan bersifat sebelah pihak tanpa ada muafakat yang baik di kalangan DAP dan PKR, dalam konteks menentukan PRN

“Jika DAP serius dan ikhlas melihat muafakat baru di kalangan pembangkang di dalam politik menjelang PRU14, maka saya fikir DAP wajar mengambil sikap lebih lunak terhadap rakan-rakan sekutu PH, dalam konteks Pulau Pinang,” tambah Mustafa.

Guan Eng pada semalam menyatakan Pulau Pinang perlu mengadakan pilihan raya mengejut itu dalam kadar segera, sebelum penghujung tahun ini.

PKR pada Selasa lalu memutuskan masih belum yakin dengan keperluan Pulau Pinang mengadakan PRN.

Dimaklumkan satu delegasi parti itu pada hari ini dihantar ke Pulau Pinang untuk menjelaskan pendirian parti – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s