Kerajan Pulau Pinang Ada Hak Prerogatif Laksanakan PRN – Guan Eng

BATU KAWAN – Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mempunyai prerogatif untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri ini, tanpa perlu mengadakan persidangan tergembar Dewan Undangan Negeri, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini.

Beliau berkata, menurut perlembagan negeri, kerajaan Pakatan yang ada sekarang, mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya awal dan ini tiada kena- mengena dengan Barisan Nasional (BN).

“BN sudah melakukannya banyak kali, (mengadakan) pilihan raya umum awal pada 1978, 1982 dan 1986 kerana, menurut Perlembagaan Persekutuan, ia berhak berbuat demikian dan, di Pulau Pinang, kami hanya perlu mendapatkan restu Yang Dipertua Negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan galeri jualan Aspen Group di Bandar Cassia di sini.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Adun Pulau Betong Mohd Farid Saad daripada BN semalam bahawa persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri perlu diadakan bagi membincangkan cadangan pilihan raya mengejut itu.

Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP berkata, cadangan itu bukan perkara baharu kerana BN pernah melakukannya di peringkat persekutuan, dan ia tiada kena-mengena dengan parti pembangkang di negeri ini sekiranya kerajaan negeri ingin mengadakan pilihan raya awal.

Guan Eng juga mencadangkan agar Mohd Farid mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan negeri atau ketua menteri sekiranya beliau tidak berpuas hati tentang perkara itu.

“Kami hanya membincangkanya dalam kalangan (rakan) gabungan Pakatan, tidak dengan pembangkang di negeri ini,” katanya.

Selasa lepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Isu pilihan raya negeri timbul apabila media tempatan melaporkan bahawa DAP menyenaraikan dua pilihan berikutan tuduhan rasuah yang dihadapi Guan Eng.

Satu daripadanya ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengetahui respons rakyat Pulau Pinang terhadap tuduhan yang dikenakan terhadap Lim, satu lagi ialah menunggu pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Ogos 2018.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi, 19 daripadanya disandang DAP; PKR (10); BN (10) dan PAS satu. – BERNAMA

2 thoughts on “Kerajan Pulau Pinang Ada Hak Prerogatif Laksanakan PRN – Guan Eng

  1. Memang la Penang ada hak. Tapi sama ke BN buat pilihanraya awal atas strategi dan perhitungan politik, tapi kau ni Guan Eng buat pilihanraya utk selamatkan diri yang terpalit skandal rasuah dan salah guna kuasa. Oi Guan Eng, kau ingat rakyat semua bodoh ke bagi alasan hak prerogatif mcm tu. Bahlol punya KM.

    Like

  2. Tak pernah lg dlm sejarah PRN diadakan demi menyelamatkan jawatan. Stkt ni PRK ada lah. Ini bukan parti DAP lg dah. Kali ini ibarat LGE yg bertanding sendirian. Mirip pemilihan president republik.

    Walaupun PH dijangka kekal menang tp kalau ikut trend PRN, PRK lepas potensi kehilangan 30% undi mmg ada tanpa sokongan PAS. PKR juga akan terima tempias lebih teruk Kali ini.

    Mungkin DAP ada muslihat sendiri mahu mentadbir negeri secara bersendirian dibawah telunjuk LGE yg kononnya dipilih rakyat. Ini mengingatkan saya pd Singapore dan LKY.

    Org islam mesti faham agenda bahaya DAP. Kaitan antara pakatan Tun M, campurtangan DOJ dgn pertuduhan rasuah LGE juga boleh dikaji. PKR pula jelas hilang arah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s