‘Perang’ DAP- PKR Makin Panas

pua-latAIDCNews – 28/7/16 – ‘Perang’ antara Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya semakin panas apabila Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor telah mengheret nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail dalam perdebatan itu.

Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Selangor, Chiong Yoke Kong berkata PKR tidak boleh meletakkan kesalahan kepada DAP sahaja apabila terkuburnya Pakatan Rakyat (PR) kerana PKR juga terbabit sama.

Malah, katanya, pelancaran Pakatan Harapan (PH), mercu tanda berkuburnya PR dilakukan sendiri oleh Presiden PKR, Wan Azizah.

“Tanpa penyertaan PKR, Pakatan Harapan tidak mungkin dibentuk dan berita pembentukan tidak mungkin akan diumumkan.

“Sedangkan pelancaran Pakatan Harapan di Shah Alam pada 9 Januari lalu dirasmikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

“Adakah Latheefa Koya tidak memahami logik mudah sebegini?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Yoke Kong berkata demikian sebagai membidas kenyataan Latheefa Koya yang membawa maksud bahawa DAP melaksanakan polisi secara sebelah pihak dalam pakatan pembangkang.

“Pertamanya siapa yang mengumumkan pilihan raya kilat secara sebelah pihak?

“Atau..siapa yang mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat secara sebelah pihak?

“Atau…siapa yang mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan – semua itu kepada media sebelum keputusan dimuktamadkan??” soal Latheefa dalam kenyataannya semalam.

Chiong Yoke Kong
Chiong Yoke Kong

Membidas kenyataan Latheefa itu, Yoke Kong menafikan DAP secara sebelah pihak mengumumkan pembubaran PR dan pembentukan PH.

Sebaliknya, dia menunding jari pula ke arah PAS yang membatalkan kerjasama politik dengan DAP dalam Muktamar parti itu pada 6 Jun 2015.

“DAP hanya terpaksa menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak kekal lagi dan ini tidak sama dengan pembubaran Pakatan Rakyat secara sebelah pihak,” katanya.

Turut dibidas kenyataan Latheefa yang mendakwa alasan DAP untuk mengadakan pilihanraya mengejut selalu berubah dan tidak konsisten.

“Berbeza dengan PKR yang selalu berubah dalam isu MB Selangor, DAP tidak pernah berubah dan memang bertekad untuk menggabungkan semua isu yang sedia ada untuk menghadapi pilihan raya negeri Pulau Pinang.

“Tidak ada konflik bagi parti untuk membangkitkan isu referendum terhadap Najib di samping memperoleh mandat rakyat seperti mana PKR cuba untuk mendapat mandat rakyat Permatang Pauh demi memanifestasikan sokongan rakyat kepada presiden PKR,” katanya.

Bertambah pedas lagi apabila Yoke Kong turut mengibaratkan PKR seperti ‘kacang lupakan kulit’.

“Sekali lagi DAPSY menasihati Latheefa Koya supaya membetulkan fakta dan tidak lagi melakukan serangan yang tidak berasas kepada rakan komponen parti.

“Sama-samalah kita memikul berat dan cabaran semasa politik ini dan bukannya bersikap umpama kacang lupakan kulitnya,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s