Zaid Promosi Muhyiddin Ganti Anwar Jadi Calon PM

AIDCNews – 28/7/16 –Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mempromosi bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mewakili blok pembangkang.

Nama Muhyiddin akan dicalonkan melalui parti baharu yang bakal diwujudkan dan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

Namun, Zaid turut menyuarakan kebimbangan sekiranya cadangan mencalonkan Muhyiddin itu tidak mencapai kata sepakat dalam PH sepertimana kes DAP yang mencadangkan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang tidak disokong secara padu daripada parti-parti komponen PH itu.

“Kebimbangan saya mengenai parti baharu adalah kesediaan parti pembangkang dan pemimpin masing-masing untuk menerima Muhyiddin sebagai pemimpin dan bakal Perdana Menteri.

“Apa yang kita perlukan sekarang adalah seorang pemimpin dan bakal PM yang boleh mengambil alih pentadbiran negara ini.

“Pada masa ini, parti-parti pembangkang tidak mempunyai satu faktor yang penting untuk perpaduan mereka iaitu mereka tidak mempunyai pemimpin.

“Sebenarnya mereka fikir mereka cukup kuat untuk menyatukan pembangkang dan dan mengekang kurangnya kepercayaan bersama yang telah mencemari kerjasama mereka, tetapi sebenarnya tidak,”kata Zaid dalam tulisan terbaharu di blognya.

Zaid turut membayangkan bahawa Muhyiddin akan menjadi presiden parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya gembira apabila mendapat tahu daripada sumber dalaman bahawa beliau telah memutuskan untuk meneruskan perjuangannya dalam politik dengan menjadi presiden parti baharu.

“Saya faham ia akan menjadi sebuah parti Melayu atau parti Bumiputra yang semuanya hampir sama dengan UMNO. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kerana ia akan meluaskan pakatan pembangkang,” katanya.

Mengenai tugas Muhyiddin, Zaid berkata bekas Timbalan Presiden UMNO itu perlu berbincang dengan semua pihak termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Jika Muhyiddin kata pihak pembangkang harus melibatkan PAS, maka semua orang harus mengikutnya. Begitu juga, jika beliau kata PAS tidak boleh dipercayai dan bersekongkol dengan UMNO, maka kita mesti menerima kedudukan itu dan mempersiapkan diri untuk pertandingan tiga penjuru,” katanya lagi.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan telah menolak pelawaan Muhyiddin untuk menjadi timbalan presiden dalam parti baharu itu.

“Muhyiddin (Yassin) minta saya…berkenaan parti baharu dan beritahu saya, ‘Datuk Seri Shafie Apdal, kamu akan jadi timbalan presiden dan saya jadi presiden’.

“Tapi saya kata, tak apa. Saya bukannya mahu menjadi presiden, timbalan presiden parti. Tidak perlu.

“Tun (Dr Mahathir Mohamad) tubuh, Muhyiddin jadi presiden, saya akan sokong apa yang perlu sokong.

“Sudah tiba masa saya balik kampung. Saya perlu bantu orang saya,” katanya ketika memberi ucapan pada majlis sambutan hari raya bersama penyokongnya di Kota Belud, Sabah pada hari Ahad yang lalu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s